Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NETFLIX PROFILE

Netflix Akan ‘Banteras’ Perkongsian Kata Laluan Bermula Awal 2023

Diterbitkan Disember 22, 2022 ยท Dikemas kini Disember 22, 2022 oleh Amalina Athman

Bukan perkara baharu, khabar angin mengenai penamatan perkongsian kata laluan di platform penstriman popular Netflix telah berlegar sejak beberapa bulan yang lalu. Terkini, Netflix dilapor telah menemui cara untuk mengatasinya dan merancang untuk membuat perubahan bagi perkongsian kata laluan bermula awal 2023.

Berkaitan

  • Ajal Ciri "Password Sharing" Pada Netflix Mungkin Sudah Menghampiri
  • Netflix Mungkin Minta Pengesahan Biometrik Pada Masa Akan Datang - Penyelidik
  • Pelanggan Netflix Beriklan Tidak Boleh Akses Kandungan Di 10 Peranti Ini
  • Cara Semak Dan Log Keluar Peranti Tidak Sepatutnya Daripada Akaun Netflix

Menurut laporan, Netflix sedia maklum bahawa perkongsian kata laluan telah menjejaskan keuntungannya. Mengambil kira peningkatan dalam langganan platform penstriman itu pada tahun 2020, ia membolehkan Netflix mengabaikan masalah tersebut.

Bagaimanapun, dengan pendapatan yang jatuh pada tahun ini dan ditambah kehilangan pelanggan yang semakin meningkat dalam tempoh 10 tahun, CEO Netflix Reed Hastings memutuskan pihaknya perlu mengambil tindakan berkaitan isu tersebut, setelah sekian lama ditangguhkan.

Mulai tahun 2023, Netflix merancang untuk meminta pengguna yang berkongsi akaun dengan orang lain di luar isi rumah mereka untuk membayar caj tambahan.

Ketika ini, Netflix telah menguji ciri caj tambahan untuk perkongsian kata laluan di beberapa negara Amerika Latin, dengan mengenakan caj tambahan sekitar $3 (~RM13.30).

Netflix juga telah mengemas kini halaman bantuan pelanggannya tahun ini dengan menyatakan bahawa akaun hanya untuk dikongsi oleh orang yang tinggal bersama. Syarikat itu berkata ia akan menguatkuasakan peraturannya berdasarkan alamat IP, ID peranti dan aktiviti akaun.

Menurut Wall Street Journal, Netflix menjangkakan akan mula memperkenalkan perubahan itu di Amerika Syarikat terlebih dahulu, seawal tahun depan.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY