Pelanggan Netflix Beriklan Tidak Boleh Akses Kandungan Di 10 Peranti Ini

Netflix menerusi laman sokongannya memaklumkan bahawa pelanggan Netflix mungkin akan menerima paparan notifikasi seperti di bawah pada peranti mereka,

"Update the Netflix app on this device to start watching. You can also change plans by going to Your Account online."

Netflix menyatakan, mesej ralat tersebut biasanya bermakna anda perlu mengemas kini peranti anda untuk menyokong pelan Asas dengan iklan.

Jadi, anda hanya perlu mengemas kini peranti anda bagi membolehkan anda menontonnya di peranti tersebut.

Walaubagaimanapun Netflix juga menyatakan, pelanggan yang melanggan pelan Netflix Asas dengan iklan tidak lagi akan boleh menonton video-video Netflix di 10 peranti berikut:-

  1. iPad, iPhone, dan iPod touch dengan iOS 14 ke bawah (hanya peranti dengan iOS 15 atau terbaru sahaja menyokong pelan Netflix Asas dengan Iklan)

  2. Telefon pintar dan tablet Android dengan versi Android 6 ke bawah (hanya peranti dengan versi Android 7 dan ke atas sahaja yang menyokong pelan Netflix Asas dengan Iklan)

  3. Aplikasi Netflix untuk Windows

  4. Chromecast atau Chromecast Ultra (hanya Chromecast with Google TV sahaja menyokong pelan Netflix Asas dengan Iklan)

  5. Apple TV

  6. PlayStation 3


Netflix memaklumkan, untuk anda menonton semula Netflix di kesemua peranti-peranti di atas (kecuali peranti iOS 14 ke bawah dan Android 6 ke bawah), anda perlulah menukar langganan Netflix Asas dengan iklan kepada pelan AsasStandard atau Premium.

{suggest}

Sumber: Netflix