Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Semak Dan Log Keluar Peranti Tidak Sepatutnya Daripada Akaun Netflix

Cara Semak Dan Log Keluar Peranti Tidak Sepatutnya Daripada Akaun Netflix

Diterbitkan November 17, 2022 · Dikemas kini November 17, 2022 oleh Amalina Athman

Netflix kini membolehkan anda mengeluarkan peranti yang dipautkan pada akaun platform penstriman itu. Menurut Netflix, ciri Urus Akses dan Peranti sudah pun tersedia untuk semua pengguna web, Android dan iOS di platform penstriman itu.

Melaluinya, ia membolehkan pengguna menyemak jika ada log masuk dari peranti yang tidak dikenali seperti freeloader dan sebagainya. Sebagai contoh lain, ciri ini mungkin berguna dalam keadaan apabila pengguna log masuk ke akaun Netflix semasa menginap di hotel atau rumah rakan, tetapi terlupa untuk log keluar.

Berkaitan

  • Ajal Ciri "Password Sharing" Pada Netflix Mungkin Sudah Menghampiri
  • Netflix Mungkin Minta Pengesahan Biometrik Pada Masa Akan Datang - Penyelidik
  • Pelanggan Netflix Beriklan Tidak Boleh Akses Kandungan Di 10 Peranti Ini

Netflix menyatakan, ciri ini membantu pengguna untuk menguruskan keselamatan akaun mereka. Secara tidak langsung, ia juga dapat mengelakkan peranti yang tidak sepatutnya log masuk akaun Netflix pengguna lain tanpa sedar.

Berikut adalah cara untuk menyemak dan log keluar peranti dari akaun Netflix anda:

1. Buka aplikasi Netflix dan pergi ke bahagian profil.

2. Tekan pada tiga baris dan pilih tetapan “Account”.

3. Tatal ke bawah dan seterusnya tekan pada “Manage access and devices” di bahagian “Security & Privacy”.

Cara Semak Dan Log Keluar Peranti Tidak Sepatutnya Daripada Akaun Netflix

4. Setelah itu, senarai terkini peranti yang aktif pada akaun Netflix anda akan dipaparkan. “Sign Out” mana-mana peranti yang tidak diingini atau tidak sepatutnya berada dalam akaun Netflix anda.

Cara Semak Dan Log Keluar Peranti Tidak Sepatutnya Daripada Akaun Netflix

Selesai. Itu sahaja tips pada kali ini. Tinggalkan komen jika ada sebarang pertanyaan mahupun cadangan.

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY