Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NETFLIX PROFILE

Netflix Mungkin Minta Pengesahan Biometrik Pada Masa Akan Datang – Penyelidik

Diterbitkan Oktober 22, 2022 · Dikemas kini Oktober 22, 2022 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, kecoh mengenai Netflix yang didakwa akan mula menyekat ciri perkongsian kata laluan bermula pada awal tahun 2023. Netflix kemudiannya telah memperkenalkan ciri “Profile Transfer” yang membolehkan pengguna membuat pemindahan data profil lama ke akaun baharu.

Terkini, penganalisis menjangkakan Netflix mungkin akan meminta pengguna untuk mengimbas cap jari atau menggunakan pengecaman wajah bagi mengurangkan perkongsian kata laluan. 

Berkaitan

  • Netflix Kenalkan "Profile Transfer", Ini Cara Pindahkan Data Profil Lama Ke Akaun Baru
  • Ajal Ciri "Password Sharing" Pada Netflix Mungkin Sudah Menghampiri

Menurut CCS Insight melalui laporan Forbes, perkhidmatan penstriman seperti Netflix mungkin akan beralih kepada proses tersebut untuk mengesahkan pengguna.

Ketua penganalisis CCS Insight, Ben Wood memaklumkan ini tidak bermakna sensor cap jari diperlukan pada peranti seperti televisyen. Sebaliknya, Netflix mungkin meminta pengesahan biometrik pada telefon mudah alih untuk membuktikan identiti pengguna platform penstriman itu.

Sebagai tambahan, Wood berkata Netflix ‘mendapat tekanan’ untuk menangani perkongsian akaun dan mungkin mempelajari daripada bank dalam kaedah yang mereka gunakan untuk mengesahkan identiti pelanggan.

Sumber: Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY