Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KOMUTER PERCUMA

Jom Naik KTM Komuter Utara Secara Percuma Sempena Operasi Laluan Baru

Diterbitkan September 15, 2023 ยท Dikemas kini September 15, 2023 oleh ariff bukhari

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menawarkan perjalanan secara percuma khusus untuk KTM Komuter Utara pada 16 dan 17 September 2023 ini.

Tambang percuma itu adalah bagi perjalanan sehala dari Stesen Ipoh, Stesen Sungai Siput atau Stesen Kuala Kangsar ke laluan Butterworth.

Screenshot 2023-09-15 at 8.18.09 AM

Perjalanan percuma selama 2 hari ini merupakan inisiatif daripada Kementerian Pengangkutan, Kerajaan Negeri Perak dan KTM Berhad untuk mempromosikan dan menggalakkan orang ramai untuk mencuba perkhidmatan KTM Komuter sempena pengoperasian laluan baharu ini.
Jom Naik KTM Komuter Utara Secara Percuma Sempena Operasi Laluan Baru

Perjalanan dari Stesen Butterworth ke Stesen Ipoh mengambil masa selama 1 jam 56 minit dengan kadar tambang dewasa sebanyak RM12.80 sehala manakala kadar tambang bagi kanak-kanak, warga emas, dan orang kurang upaya adalah sebanyak RM6.40 sehala.

harga tiket KTM Komuter utara ipoh ke padang besar

Tren pertama dari Stesen Ipoh ke Stesen Butterworth adalah bermula jam 4.40 pagi.

jadual tren komuter Ipoh ke butterworth

Manakala, dari Stesen Butterworth ke Stesen Ipoh pula adalah pada jam 5.30 pagi. Tren terakhir yang beroperasi dari Stesen Ipoh adalah jam 6.35 petang dan dari Stesen Butterworth jam 7.10 malam.

jadual tren komuter butterworth ke ipoh

Untuk info lanjut, layari www.ktmb.com.my

Sumber: KTMB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Selain Tambahan RAM, Ini 9 Perbezaan iPhone 15 Pro Max Dengan iPhone 14 Pro Max
  • Bruce Lee Gesa Pengguna Tidak Buat Panggilan Satelit Dengan Mate 60 Pro Dalam Pesawat
  • Dattebayo! Pameran Naruto Pertama Di Malaysia Akan Diadakan Oktober Ini

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY