Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei mate 60 pro

Bruce Lee Gesa Pengguna Tidak Buat Panggilan Satelit Dengan Mate 60 Pro Dalam Pesawat

Diterbitkan September 13, 2023 · Dikemas kini September 14, 2023 oleh ariff bukhari

Baru-baru ini, terdapat banyak video tentang pengguna Huawei Mate 60 Pro yang menunjukkan panggilan satelit dalam penerbangan.

Ekoran bimbang dengan penggunaan teknologi yang tidak kena dengan tempatnya, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Peranti Pintar Huawei, Bruce Lee menggesa pengguna untuk mengelakkan daripada menggunakan ciri panggilan satelit yang ada pada telefon pintar Huawei Mate 60 Pro ketika dalam penerbangan.

Hal ini demikian kerana ia adalah salah satu kesalahan melanggar peraturan penerbangan.

Menerusi platform Weibo, Bruce Lee menulis di Weibo bahawa baru-baru ini beberapa pengguna telah menggunakan ciri panggilan satelit Huawei Mate 60 Pro dan juga merakam video di dalam penerbangan, yang melanggar peraturan keselamatan penerbangan dan penerbangan yang berkaitan.

Justeru, beliau meminta semua pengguna untuk mematuhi peraturan keselamatan dan mengaktifkan mod penerbangan semasa dalam perjalanan dalam pesawat.

Bruce Lee Gesa Pengguna Tidak Buat Panggilan Satelit Dengan Mate 60 Pro Dalam Pesawat

Panggilan satelit adalah salah satu ciri utama Huawei Mate 60 Pro. Ciri ini membolehkan pengguna membuat panggilan tanpa perlu risau tentang liputan rangkaian.

Walau bagaimanapun, isyarat mudah alih seperti ini boleh mengganggu sistem panduan navigasi dan pendaratan pesawat jika ia digunakan semasa penerbangan.

Jadi menggunakan ciri ini ketika berada dalam penerbangan pesawat adalah dilarang sama sekali.

Berkaitan

  • Huawei Mate 60 Pro Jadi Telefon Pertama Di Dunia Sokong Panggilan Melalui Satelit
  • 'Takut' Dengan Mate 60 Pro, Seorang Ahli Parlimen A.S Gesa Eksport Teknologi Ke China Diperketat
  • Hairan Bagaimana Cip Mereka Berada Dalam Mate 60 Pro, SK hynix Jalankan Siasatan

Sumber: Huawei Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY