Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dattebayo! Pameran Naruto Pertama Di Malaysia Akan Diadakan Oktober Ini

Dattebayo! Pameran Naruto Pertama Di Malaysia Akan Diadakan Oktober Ini

Diterbitkan September 14, 2023 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada peminat anime, khususnya peminat tegar Naruto kerana satu pameran NARUTO yang menampilkan Ulang Tahun Animasi TV ke-20 akan berlangsung dari 7 Oktober – 31 Disember 2023 di Pavilion Bukit Jalil.

Siri anime NARUTO pertama kali disiarkan pada tahun 2002, mengisahkan perjalanan Naruto Uzumaki, anak yatim yang bercita-cita menjadi Hokage.

Antara yang menarik di “Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia” adalah pengalaman set 3D, galeri alatan ninja dan VR serta mengikuti pengalaman generasi NARUTO seterusnya yang membolehkan anda berinteraksi dengan watak kegemaran siri NARUTO dan BORUTO.

NARUTO 20th Anniversary Exhibition Malaysia_1125 x 600 px

Dapatkan tiket awal untuk “Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia” bermula 12 September hingga 5 Oktober pada harga RM58 atau RM88 untuk pakej (Tiket Pameran + Tiket VR).

Tiket untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun pula boleh didapati pada harga RM18 atau RM48 untuk pakej (Pameran Tiket + Tiket VR).

tiket pameran naruto
tiket pameran naruto
tiket pameran naruto

Pengunjung juga akan mendapat 1 kad gores percuma untuk setiap tiket yang dibeli melalui my.bookmyshow.com semasa tempoh early bird yang boleh ditebus di kaunter tiket dari 7 Oktober – 31 Disember 2023 dan berpeluang memenangi hadiah.

Pameran Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia ini adalah usaha kerjasama antara Biz Trend Media, Kumpulan Hiburan MMIC, Sozo, I am Start Entertainment, Pavilion Bukit Jalil dan Book My Show.

Berkaitan

  • Jom Ke Pameran One Piece “The Great Era of Piracy” Asia Tour Di Genting Highlands
  • Selain Tambahan RAM, Ini 9 Perbezaan iPhone 15 Pro Max Dengan iPhone 14 Pro Max
  • 4 'Telco' Malaysia Mula Sedia Terima Tempahan iPhone 15 Pro Pada 22 September

Sumber: Siaran media

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY