Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MYTV Mana-Mana

MYTV Lancar Servis Penstriman Percuma “MYTV Mana-Mana”

Diterbitkan Julai 28, 2023 oleh ariff bukhari

MYTV telah melancarkan perkhidmatan penstriman Over-the-Top (OTT) percuma Malaysia yang dikenali sebagai “MYTV Mana-Mana”.

Pelancaran perkhidmatan baru itu dibuat pada acara MYFESTIVA yang telah berlangsung dari 21 hingga 23 Julai 2023 di Aeon Mall Tebrau City, Johor Bahru.

Menerusi MYTV Mana-Mana, penonton kini boleh mengakses pelbagai kandungan program tempatan dan luar negara dalam definisi tinggi (HD), rangkaian siaran langsung TV, radio dan on-demand, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi laman sesawang www.mana2.my atau muat turun aplikasi MYTV Mana-Mana daripada Google Play Store dan Apple App Store secara percuma.

MYTV mana mana

Penawaran perkhidmatan dan penstriman percuma oleh MYTV ini sekaligus menunjukkan komitmen Kerajaan untuk membolehkan rakyat mendapat akses kepada maklumat terkini dan hiburan seiring dengan perkembangan landskap digital yang pesat.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Allo Perkenal Pakej Perpaduan, Harga Langganan RM69/Sebulan Untuk 100Mbps
  • Switch Sedang Tawar Diskaun Ekslusif Di Stor Baharu Mereka Sehingga 30 Julai 2023

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY