Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi MyGOV x MyKad_imagebywisermy2026

Cara Mohon Gantian MyKad Melalui Aplikasi MyGOV

Diterbitkan Oktober 23, 2026 oleh Amalina Athman

MyKad rosak, cip tidak berfungsi, hilang buat kali pertama atau perlu ditukar kepada generasi baharu? Permohonan gantian kini boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi MyGOV Malaysia, tanpa perlu beratur di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memulakan permohonan.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna MyKad baharu akan dihantar terus ke rumah. Permohonan hanya dibuat secara dalam talian, manakala MyKad baharu masih perlu diambil sendiri di JPN setelah siap. Kaedah ini membolehkan proses permohonan dilakukan lebih awal secara dalam talian, sekali gus menjimatkan masa

Perkara penting yang perlu diketahui sebelum mohon

Sebelum membuat permohonan, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui terlebih dahulu.

Antaranya, permohonan gantian biasa hanya dibenarkan bagi MyKad yang dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi 10 tahun, tanpa sebarang perubahan alamat, gambar atau maklumat peribadi lain. Bagi kes kehilangan pula, permohonan melalui sistem ini hanya dibenarkan untuk kehilangan kali pertama.

Perlu diketahui juga, permohonan gantian melalui sistem ini menggunakan gambar sedia ada sahaja. Sekiranya perlu menukar gambar atau mengemas kini maklumat peribadi, pemohon perlu berurusan di kaunter JPN mengikut prosedur yang ditetapkan.

mohon gantian MyKad Aplikasi MyGOV_1

Perkhidmatan ini juga hanya boleh diakses pada hari bekerja, iaitu Isnin hingga Jumaat, dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Sistem ditutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Cara mohon gantian MyKad melalui aplikasi MyGOV

Untuk membuat permohonan gantian MyKad melalui aplikasi MyGOV Malaysia, ikuti panduan langkah demi langkah seperti yang ditunjukkan di bawah.

Ganti MyKad di MyGOV

  1. Muat turun atau kemas kini aplikasi MyGOV Malaysia di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery. Muat turun atau kemas kini aplikasi MyGOV Malaysia di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery.
  2. Buka aplikasi MyGOV dan tekan Log Masuk di penjuru kanan atas skrin utama. Buka aplikasi MyGOV dan tekan Log Masuk di penjuru kanan atas skrin utama.
  3. Tekan "Login menggunakan MyDigital ID" dan sahkan log masuk anda. Belum ada akaun? Daftar MyDigital ID dahulu. Tekan "Login menggunakan MyDigital ID" dan sahkan log masuk anda. Belum ada akaun? Daftar MyDigital ID dahulu.
  4. Selepas log masuk, tekan tab "Perkhidmatan" di bahagian bawah skrin. Selepas log masuk, tekan tab "Perkhidmatan" di bahagian bawah skrin.
  5. Pilih "Kelahiran & Pengenalan Diri", ikon pertama dalam senarai perkhidmatan. Pilih "Kelahiran & Pengenalan Diri", ikon pertama dalam senarai perkhidmatan.
  6. Tekan "Kad Pengenalan (Maklumat Kad Pengenalan Malaysia)". Tekan "Kad Pengenalan (Maklumat Kad Pengenalan Malaysia)".
  7. Skrin Kad Pengenalan memaparkan maklumat MyKad anda. Tekan butang biru "Penggantian MyKad" di bahagian bawah. Skrin Kad Pengenalan memaparkan maklumat MyKad anda. Tekan butang biru "Penggantian MyKad" di bahagian bawah.
  8. Baca terma penggantian MyKad hingga habis. Tandakan kotak persetujuan di bahagian bawah, kemudian tekan "Setuju & Seterusnya". Baca terma penggantian MyKad hingga habis. Tandakan kotak persetujuan di bahagian bawah, kemudian tekan "Setuju & Seterusnya".
  9. Notis Perhatian menyatakan penggantian MyKad dalam aplikasi hanya untuk kad rosak, kad hilang, cip rosak atau naik taraf cip. Jika kad anda termasuk salah satu, tekan Teruskan. Notis Perhatian menyatakan penggantian MyKad dalam aplikasi hanya untuk kad rosak, kad hilang, cip rosak atau naik taraf cip. Jika kad anda termasuk salah satu, tekan Teruskan.
  10. Pilih jenis penggantian ikut keadaan kad, contohnya kad rosak, cip rosak, penggantian biasa atau kad hilang kali pertama. Di bahagian Pusat Kutipan MyKad, pilih negeri dan cawangan JPN untuk mengambil kad, kemudian tekan "Seterusnya". Pilih jenis penggantian ikut keadaan kad, contohnya kad rosak, cip rosak, penggantian biasa atau kad hilang kali pertama. Di bahagian Pusat Kutipan MyKad, pilih negeri dan cawangan JPN untuk mengambil kad, kemudian tekan "Seterusnya".
  11. Tunggu skrin Sila Tunggu semasa permohonan diproses. Paparan akan diteruskan secara automatik. Tunggu skrin Sila Tunggu semasa permohonan diproses. Paparan akan diteruskan secara automatik.
  12. Semak maklumat permohonan seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, e-mel, jenis gantian, pusat kutipan dan lain-lain. Semak maklumat permohonan seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, e-mel, jenis gantian, pusat kutipan dan lain-lain.
  13. Jika semua maklumat yang dipaparkan adalah betul, tandakan kotak persetujuan dan tekan butang "Seterusnya". Jika semua maklumat yang dipaparkan adalah betul, tandakan kotak persetujuan dan tekan butang "Seterusnya".
  14. Di bahagian Maklumat Bayaran, pilih bank daripada senarai yang tersedia untuk meneruskan pembayaran. Kemudian, tekan butang "Bayar Sekarang" dan ikuti arahan yang dipaparkan pada skrin sehingga transaksi selesai. Di bahagian Maklumat Bayaran, pilih bank daripada senarai yang tersedia untuk meneruskan pembayaran. Kemudian, tekan butang "Bayar Sekarang" dan ikuti arahan yang dipaparkan pada skrin sehingga transaksi selesai.
  15. Setelah selesai membuat permohonan, pemohon boleh menyemak status permohonan melalui laman web JPN sebelum hadir untuk membuat kutipan MyKad. Setelah selesai membuat permohonan, pemohon boleh menyemak status permohonan melalui laman web JPN sebelum hadir untuk membuat kutipan MyKad.

Tempoh kutipan

Tempoh kutipan MyKad bergantung pada lokasi yang dipilih. Kutipan boleh dibuat selepas 30 minit di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, ibu pejabat JPN negeri dan cawangan yang mempunyai kemudahan cetakan teragih.

Kutipan di JPN cawangan Semenanjung Malaysia dalam tempoh selepas lima hari bekerja, manakala cawangan di Sabah dan Sarawak selepas tujuh hari bekerja.

Pemohon dinasihatkan menyemak status permohonan melalui laman web JPN sebelum hadir untuk mengambil MyKad. Pastikan juga MyKad lama dibawa bersama ketika kutipan, kecuali bagi kes kehilangan.

Sekiranya permohonan tidak dapat diteruskan melalui saluran dalam talian, pemohon boleh hadir ke cawangan JPN berhampiran untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Filem AI Pertama China Berharga ~RM6.1 Juta Mula Ditayangkan Di Pawagam
  • Bose Rasmi Ambil Alih Skullcandy, Jenama Kekal Beroperasi Berasingan
  • Kenapa Storan Telefon Selalu 128GB, 256GB Dan 512GB, Bukan 150GB
  • Porsche Lancar Pengecas EV Tanpa Wayar Untuk Model Cayenne Electric
  • Cara Tebus Keahlian Shopee Untuk Pelajar
  • Sunway Teroka Pengangkutan Autonomi Dan Penerbangan Elektrik Di Malaysia
  • Cara Lapor Kesalahan Merokok Melalui 'MyLapor'
©2026 WISER.MY