Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyDigital x Oracle_1

MyDIGITAL, Oracle Sasar Latih 300,000 Rakyat Malaysia Dalam AI Menjelang 2029

Diterbitkan April 6, 2026 · Dikemas kini April 6, 2026 oleh Amalina Athman

MyDIGITAL Corporation dan Oracle baru-baru ini mengumumkan kerjasama untuk menyediakan latihan kemahiran kecerdasan buatan (AI) kepada 300,000 pelajar dan profesional di Malaysia.

Menurut Oracle, inisiatif ini bakal meningkatkan kebolehpasaran dan menyokong perkembangan kerjaya menjelang 2029. Ia membolehkan pelajar dan profesional mendapat akses kepada latihan digital dan pensijilan asas.

Antaranya termasuk peruntukan lebih 200 jam untuk kandungan pembelajaran dan pensijilan menerusi laluan pembelajaran berstruktur selama tiga tahun. Ia meliputi teknologi seperti Oracle Cloud Infrastructure (OCI), OCI Generative AI, OCI Data Science, Oracle APEX, OCI DevOps dan OCI Security.

Program ini boleh diakses secara percuma melalui Oracle MyLearn, platform latihan dan pemerkasaan komprehensif di bawah Oracle University.

Melaluinya, peserta boleh bermula dengan latihan asas berkaitan pengkomputeran awan sebelum beralih kepada pensijilan profesional, serta mengikuti modul pembelajaran tambahan yang disesuaikan mengikut tahap kemahiran dan matlamat masing-masing.

Sepanjang tempoh latihan, peserta juga boleh memperoleh lencana digital serta pensijilan profesional sebagai bukti kemahiran yang telah dicapai.

Inisiatif ini turut melengkapi modul kesedaran dan literasi digital percuma sedia ada di bawah program Rakyat Digital yang dibangunkan oleh MyDIGITAL Corporation, sekali gus memperkukuh usaha negara untuk mencapai status negara AI menjelang tahun 2030.

300,000 rakyat Malaysia, terdiri dari para pelajar dan ahli profesional akan diperkasakan dengan latihan kemahiran dan teknologi AI secara percuma dengan pensijilan global!

Saya telah melancarkan Oracle Skills Development Initiative (SDI) hasil kerjasama Oracle dengan MyDIGITAL… pic.twitter.com/0pKwYAhxcO

— Gobind Singh Deo 🇲🇾 (@GobindSinghDeo) April 3, 2026

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Semua IPTA Di Malaysia Kini Boleh Akses 'Gemini for Education'
  • Oracle Dilapor Mula Buang Sehingga 30,000 Pekerja, Jimat Kos Untuk AI
  • Google AI Pro Kini Hadir Dengan 5TB Storan, Harga Kekal Sama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY