Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyCERT Keluar Pemakluman Kepada Pengguna Terjejas Akibat Gangguan ‘CrowdStrike’

MyCERT Keluar Pemakluman Kepada Pengguna Terjejas Akibat Gangguan ‘CrowdStrike’

Diterbitkan Julai 19, 2024 · Dikemas kini Julai 20, 2024 oleh Amalina Athman

Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) hari ini mengeluarkan pemakluman kepada pengguna yang terjejas akibat gangguan IT global supaya sentiasa mengikuti pengumuman terkini berhubung isu berkenaan.

Menurut MyCERT, pihaknya menerima maklumat daripada pelbagai sumber mengenai isu kritikal yang berpunca daripada kemas kini CrowdStrike Falcon Sensor, menyebabkan gangguan global sejumlah sistem yang menggunakan Microsoft Windows.

PC/Hos yang menggunakan Microsoft Windows dengan CrowdStrike Falcon dipasang mungkin mengalami gangguan sistem dan tidak dapat boot ke Windows dengan betul.

Agensi itu menasihatkan pengguna peranti yang terjejas untuk sentiasa mengikuti pengumuman keselamatan terkini oleh vendor dan mematuhi dasar keselamatan amalan terbaik untuk menentukan kemas kini yang harus digunakan.

Dalam pada itu, MyCERT turut berkongsi penyelesaian sementara yang disediakan oleh CrowdStrike. Berikut merupakan langkah-langkahnya:

  1. Boot Windows ke dalam Safe Mode atau Windows Recovery Environment
  2. Navigasi ke direktori C:\Windows\System32\drivers\CrowdStrike
  3. Cari fail yang sepadan dengan “C-00000291*.sys“, dan padamkannya.
  4. Boot hos seperti biasa.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Gangguan "CrowdStrike" Microsoft Memberi Kesan Hampir Seluruh Dunia
  • Gangguan IT Global Hanya Libatkan PC Windows, Hos Mac Dan Linux Tidak Terjejas - CrowdStrike

Sumber: MyCERT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY