Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mercedes-AMG F1® City Edition 750 Electric Bike

Mungkin Ini Adalah Basikal Elektrik Paling Premium Di Dunia Ketika Ini

Diterbitkan April 8, 2025 · Dikemas kini April 8, 2025 oleh ariff bukhari

Terdapat pelbagai pilihan basikal elektrik (e-bike) di pasaran ketika ini. Dari yang berharga ratusan ringgit hinggalah ribuan ringgit.

Tetapi mungkin tiada yang dapat menandingi tahap premium e-bike dari pasukan F1 Mercedes -AMG ini.

Dengan harga jualan bermula dari USD4,000 (~RM18,000) untuk varian Mercedes-AMG F1® City Edition 750 Electric Bike, ia turut ditawar dalam 2 varian lagi iaitu edisi trek yang berharga USD5,5000 (~RM25,000) dan edisi rally yang berharga USD7,500 (~RM34,000).

Mercedes-AMG F1® City Edition 750 Electric Bike
Mercedes-AMG F1® City Edition 750 Electric Bike
Mercedes-AMG F1® Track Edition 750 Electric Bike
Mercedes-AMG F1® Track Edition 750 Electric Bike
Mercedes-AMG F1® Rallye Edition 750 Electric Bike
Mercedes-AMG F1® Rallye Edition 750 Electric Bike

Antara ciri utama e-bike ini adalah ia dipacu motor elektrik berkuasa 750W yang membolehkan e-bike ini dipecut selaju 28 mph (45 km/j) apabila anda memerlukannya untuk julat sehingga 73 km.

Ia juga dilengkapi paparan Mercedes-AMG F1 bersaiz 5.5″ berwarna penuh yang pastinya tiada pada e-bike lain di pasaran.

Setiap pembelian juga didatangkan lengkap bersama topi keledar dengan sambungan Buetooth dan menampilkan lampu depan pengesan cahaya bersepadu, lampu brek, dan juga penunjuk belok yang dikendalikan ibu jari.

Topi keledar dipautkan dengan lancar ke telemetri e-bike dan secara automatik akan menghantar SMS kepada orang hubungan anda sekiranya berlaku kemalangan.

Mungkin Ini Adalah Basikal Elektrik Paling Premium Di Dunia Ketika Ini
Topi keledar itu juga dilengkapi visor yang diilhamkan dari juruterbang pejuang untuk tunggangantanpa cermin mata hitam.

Selain itu, untuk edisi trek dan rally, e-bike ini didatang bersama bateri tambahan yang memberikan anda julat keseluruhan sehingga 113 km.

E-bike dari pasukan F1 Mercedes – AMG ini boleh dibeli dari pengedar Mercedes yang terlibat dan ia dibina berasaskan tempahan.

Ketahui lanjut tentang e-bike ini dengan layari Mercedes-AMG F1® Electric Bikes | n+ Bikes.

Berkaitan

  • Basikal Elektrik Ini Miliki Tork Lebih Tinggi Daripada Ducati Panigale
  • DJI Perkenal Basikal Elektrik Amflow PL - Dikuasakan DJI Avinox Drive System
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY