Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Basikal Elektrik Ini Miliki Tork Lebih Tinggi Daripada Ducati Panigale

Basikal Elektrik Ini Miliki Tork Lebih Tinggi Daripada Ducati Panigale

Diterbitkan Januari 23, 2024 · Dikemas kini Januari 23, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda mahukan sebuah basikal elektrik (e-bike) yang miliki kuasa seakan sebuah motosikal, Segway Xyber adalah jawapan kepada anda.

Menerusi inovasi terbarunya, Segway telah melancarkan Segway Xyber. e-Bike ini direka bentuk untuk mengendalikan pelbagai rupa bumi dan boleh berikan perjalanan jarak jauh.

Xyber menonjol dengan kerangka kukuh kelas motosikal dan mempunyai tempat duduk yang lebih besar dan selesa, menjadikannya pilihan ideal untuk pengembaraan dua penumpang.

Basikal Elektrik Ini Miliki Tork Lebih Tinggi Daripada Ducati Panigale

Seakan sebuah motosikal mini, Xyber dilengkapi dengan spesifikasi tinggi.

Xyber menggunakan motor yang dipasang pada hab 750W, memberikannya tork setinggi 175Nm dan membolehkan ia memecut dari 0 hingga 20mph (~32kmh) hanya dalam masa 2.5 saat sahaja.

Basikal Elektrik Ini Miliki Tork Lebih Tinggi Daripada Ducati Panigale
Tork dari motor elektrik e-bike ini mampu mencapai setinggi 175Nm, sekaligus lebih tinggi daripada tork 123.6 Nm yang dijana enjin Ducati Panigale V4.

Ia juga dimuatkan dengan kapasiti bateri 1.44 kWh di mana Segway berkata Xyber mampu memberikan jarak perjalanan sejauh 77km.

Tetapi, jika itu masih tidak mencukupi, anda juga boleh memasangkan pek bateri lain untuk meningkatkan jumlah watt kepada 2.88 kWj. Sekali gus memberikan anda jarak sehingga 95 batu (~153km).

Xyber juga dilengkapi dengan ciri sambungan telefon pintar, anti kecurian, sambungan USB (type-A dan type-C) dan lampu LED.

Belum diumumkan harga jualannya, Segway Xyber ini telah ditayangkan di pameran CES 2024 baru-baru ini dan dijangka akan tiba di pasaran A.S dalam tahun ini juga.

Berkaitan

  • BYD Lancar YangWang U7, Sedan NEV Mewah Dengan Kuasa Lebih 1,000HP
  • NASA Perkenal X-59, Jet Supersonik Senyap
  • Pelanggan Celcom, Digi Perlu Tukar Pelan Baharu Untuk Akses 5G Percuma

Sumber: TopSpeed, Segway

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY