Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing trifold

Mungkin Beginilah Rupa Telefon 3 Skrin Nothing Dengan Kevlar

Diterbitkan Januari 19, 2026 oleh ariff bukhari

Nothing telah membayangkan sebuah telefon pintar konsep 3 skrin lipat yang diperbuat daripada kevlar.

Ia hasil daripada idea yang diinspirasikan oleh pempengaruh terkenal bernama IShowSpeed.

Reka bentuk peranti ini menggunakan tiga skrin lipat dengan satu daripadanya boleh ditanggalkan untuk berfungsi sebagai peranti penstriman sendiri dengan modul kamera magnetik boleh tanggal beresolusi tinggi.

Ketahanan menjadi fokus utama, telefon ini diperkuat dengan Kevlar iaitu bahan tahan haba, serta 5 kali ganda lebih kuat dari keluli , rangka titanium, serta penyerap hentakan.

Malah, bahan tahan api turut dipertimbangkan bagi memenuhi gaya Speed yang gemar melakukan aksi berisiko.

Sementara skrin utama menggunakan kristal nilam tahan calar.

Dari saspek prestasi, pasukan Nothing membayangkan ia dipacu oleh 2 cip pemproses Snapdragon 8 Elite dan dimuatkan dengan tiga bateri berasingan untuk prestasi.

Cuma, apa yang mengejutkan adalah kos pembangunan yang diperlukan jika ia direalitikan.

Walaupun komponen asasnya dianggarkan hanya bernilai sekitar $1,838 (~RM 7,900), tetapi kos pembangunan keseluruhannya menurut Nothing dianggarkan mencecah $50 juta (~RM 215 juta) ditambah sebanyak $5 juta (~RM 21.5 juta) lagi untuk sistem kamera modularnya.

Kos itu meliputi penyelidikan dan pembangunan menjadikan jumlah keseluruhan melebihi USD55 juta.

Apa yang dapat disimpulkan, walaupun bersifat eksperimental, konsep ini menggambarkan bagaimana idea pembangunan sesebuah peranti mungkin mampu direalisasikan ke dalam peranti akan datang.

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Pengguna Nothing Phone Terima Ikon Bateri Baharu
  • Huawei Kembali Kuasai Pasaran Telefon Pintar China, Apple Hanya Di Tempat Ke-3

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY