Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Bakal Perkenal Teknologi Komputer Baharu Pacu AI Di China

Huawei Kembali Kuasai Pasaran Telefon Pintar China, Apple Hanya Di Tempat Ke-3

Diterbitkan Januari 19, 2026 · Dikemas kini Januari 19, 2026 oleh ariff bukhari

Dalam laporan terkini penguasaan pasaran telefon pintar 2025 di China oleh Omdia mendedahkan, berlakunya penurunan sebanyak 1% pada tahun 2025 dengan jumlah penghantaran 282.3 juta unit.

Walaupun angka keseluruhan menurun, Huawei berjaya merampas kembali kedudukan teratas di China selepas lima tahun dengan penghantaran sebanyak 46.8 juta unit, sekali gus menguasai pasaran telefon pintar di China sebanyak 17%.

Vivo pula berada di tempat kedua dengan 46 juta unit, manakala Apple di kedudukan ketiga dengan 45.9 juta unit.

Sementara Xiaomi dan OPPO masing-masing mencatatkan lebih 42 juta unit.

Mainland China smartphone shipment market share top vendors 2025

Menariknya, Omdia mendapati pada suku keempat Apple mendahului dengan 16.5 juta unit, didorong oleh permintaan tinggi terhadap iPhone 17 Pro.

Huawei pula memperkukuh ekosistem dengan pelancaran HarmonyOS 6 dan pelaburan besar dalam AI.

Mainland China smartphone shipment market share top vendors 1Q24 to 4Q25

Xiaomi telah mempercepatkan pelancaran Xiaomi 17 Ultra untuk menyaingi pesaing, manakala OPPO kembali ke tiga teratas dengan strategi harga agresif.

Omdia menjangkakan tahun 2026 akan lebih mencabar kerana kos memori meningkat, memaksa jenama menyesuaikan strategi harga dan inovasi.

Sekain itu, pengeluar juga akan tertumpu kepada ekosistem AI merentas peranti serta inovasi kamera bagi mengekalkan daya saing dalam pasaran yang sengit ini.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • iPhone Kekal No.1 Tiga Tahun Berturut-Turut Atasi Samsung
  • Aplikasi China ‘Are You Dead?’ Akan Ditukar Kepada Nama 'Demumu’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY