Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NOTHING PHONE 3

Pengguna Nothing Phone Terima Ikon Bateri Baharu

Diterbitkan Januari 2, 2026 · Dikemas kini Januari 2, 2026 oleh ariff bukhari

Pengguna Nothing Phone mula menerima kemas kini terbaru bagi awal tahun baru 2026 ini yang membawakan pelbagai penambahbaikan visual dan prestasi untuk pengalaman pengguna yang lebih lancar.

Antara ciri baharu itu termasuklah rekaan ikon bateri yang kini memaparkan nombor di dalamnya serta mod Extra dim turut dioptimumkan untuk keselesaan mata dalam pelbagai situasi.

WhatsApp Image 2026-01-02 at 10.09.55
WhatsApp Image 2026-01-02 at 10.09.30

Dari segi fungsi pula, pengguna kini boleh menetapkan nada dering berbeza untuk SIM berganda, manakala ciri “Glyph Toy” sentiasa aktif sehingga dimatikan secara manual.

Berkaitan isu paparan beku semasa menggunakan Android Auto juga telah diperbaiki, dan mod poket kini lebih pintar dalam mengesan pergerakan.

Kestabilan skrin kunci, AOD, dan pencarian Wi-Fi turut dipertingkatkan. Tambahan penting termasuk tampalan keselamatan Disember dan penambahbaikan keseluruhan sistem.

kemas kini Nothing
kemas kini Nothing

Pengguna Nothing digalakkan memuat turun kemas kini ini untuk menikmati prestasi yang lebih stabil dan ciri yang ditambah baik.

Beli barisan telefon pintar Nothing terkini dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/cln5edp
  • Lazada – https://invl.me/cln5edu

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Apa Itu Cip 2 Nanometer? Kecil Tapi Berkuasa Besar
  • Kingston Lancar Storan SSD OTG Berprestasi Untuk Telefon Pintar, Harga Dari RM599

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
©2026 WISER.MY