Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pasport imigresen kdn (2) 2

Mulai Minggu Depan, Anda Boleh Buat Pasport Pada Hari Minggu Di 20 Pejabat Imigresen Ini

Diterbitkan Januari 20, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Mulai 28 Januari 2023, sebanyak 20 pejabat pengeluar pasport Jabatan Imigresen Malaysia akan beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad, dari jam 8 pagi sehingga 12:30 tengah hari.

Ini adalah antara usaha menyelesaikan masalah kesesakan akibat peningkatan permohonan dan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).

pasport imigresen kdn (4)

Senarai 20 pejabat yang dibuka hujung minggu

  • Menara Ikhlas di Putrajaya
  • Jalan Duta, KL
  • Wangsa Maju, KL
  • Shah Alam
  • Kelana Jaya
  • Kajang
  • Puchong
  • Pelabuhan Klang
  • Kuala Selangor
  • Kuala Kubu Baru
  • Setia Tropika
  • Kulai
  • Muar
  • Kluang
  • Batu Pahat
  • Melaka
  • Taiping
  • Teluk Intan
  • Seberang Jaya
  • Kulim

Bukan itu sahaja, malah pejabat imigresen di cawangan-cawangan UTC juga akan dilanjutkan waktu operasinya.

pasport imigresen kdn (7)

Waktu lanjutan pejabat imigresen di UTC

  • hingga jam 7 malam pada hari biasa
  • hingga jam 5 petang pada Sabtu dan Ahad

Memandangkan sesetengah negeri bercuti pada Jumaat dan Sabtu, maka waktu lanjutan mereka mengikut hari tersebut iaitu pejabat dibuka hingga 5 petang pada hari Jumaat dan Sabtu.

pasport imigresen kdn (3)

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, semua pejabat ini akan terus beroperasi hingga isu kesesakan terkawal.

Dalam perkembangan lain, sebuah pejabat pengeluar pasport yang baharu juga telah dirasmikan di KLIA. Ia juga menempatkan pejabat satelit Jabatan Pendaftaran Negara untuk penggantian Mykad dan carian sijil lahir sementara.

Berkaitan

  • KLIA Bakal Dilengkapi Dengan Peranti Semakan Status Kawalan Imigresen
  • Ini Cara Semak Baki Kredit Touch 'n Go Pada MyKad Anda
  • MyKad Hilang Atau Rosak? Ini Cara Tukar IC Secara 'Online'
  • Pasport Malaysia Di Tangga Ke-14 'Paling Berkuasa' Di Dunia
  • Kad Prabayar TNG Visa Rasmi, Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Hampir Tiba, 'Era' Perkongsian Kata Laluan Netflix Akan Berakhir

Sumber dan gambar: Jabatan Imigresen Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY