Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KLIA Bakal Dilengkapi Dengan Peranti Semakan Status Kawalan Imigresen

KLIA Bakal Dilengkapi Dengan Peranti Semakan Status Kawalan Imigresen

Diterbitkan September 21, 2017 · Dikemas kini September 21, 2017 oleh Helmi Samsuri

Kebiasaannya sebelum memulakan perjalanan ke luar negara, anda akan menyemak status kawalan imigresen sama ada dibenarkan meninggalkan tanah air ataupun tidak.

Semakan boleh dibuat secara dalam talian di portal rasmi Jabatan Imigresen dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan dan ia akan memaparkan mesej “sah” sekiranya rekod anda bersih dari terikat dengan undang-undang atau disenarai hitam kerana kegagalan membayar hutang PTPTN dan lain-lain.

Terkini, memetik berita daripada BH Online, pada bulan hadapan Jabatan Imigresen dijangka akan memperkenalkan peranti  semakan status kawalan imgresen di KLIA. Peranti ini diperkenalkan dengan tujuan mengurangkan kesesakan di kaunter imigresen yang sering kali dipenuhi penumpang atas pelbagai faktor, seperti contoh penumpang disekat kerana gagal melunaskan cukai pendapatan di LHDN.

Selain daripada itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, jabatan itu sedang dalam perancangan menambah baik sistem pagar automatik di KLIA yang mana mereka akan memperkenalkan teknik pengenalan retina.

Sumber: BH Online

Kredit Foto: Malaysia Gazette (Mohd Asyraf Mustaqim Badrul Munir)

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY