Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix passwrod sharing

Hampir Tiba, ‘Era’ Perkongsian Kata Laluan Netflix Akan Berakhir

Diterbitkan Januari 20, 2023 ยท Dikemas kini Januari 20, 2023 oleh Amalina Athman

Era perkongsian kata laluan Netflix akan berakhir tidak lama lagi. Netflix melalui laporan pendapatannya kini merancang untuk menguatkuasakan peraturan perkongsian kata laluan berbayar “lebih meluas” menjelang akhir Mac 2023.

Berkaitan

  • Cara Semak Dan Log Keluar Peranti Tidak Sepatutnya Daripada Akaun Netflix
  • Netflix Akan 'Banteras' Perkongsian Kata Laluan Bermula Awal 2023
  • Antara Muka Netflix Di Telefon Kini Baharu Dan Lebih Segar, Tapi Bukan Semua Dapat

Dinyatakan, perkongsian akaun yang meluas hari ini (lebih 100 juta isi rumah) telah menjejaskan keupayaannya untuk melabur dan menambah baik Netflix, serta membina perniagaan. Menurut Netflix,

While our terms of use limit use of Netflix to a household, we recognize this is a change for members who share their account more broadly.

Setelah perkongsian ini dilancarkan kelak, pengguna di kebanyakan negara akan mempunyai pilihan untuk membayar lebih jika mereka ingin berkongsi Netflix dengan seseorang (peminjam) yang tidak tinggal serumah.

Seperti yang berlaku hari ini, semua ahli akan dapat menonton rancangan Netflix semasa dalam perjalanan, sama ada pada TV atau peranti mudah alih.

Daripada ujian ciri caj tambahan yang dilakukan di Amerika Latin, Netflix turut menjangkakan beberapa reaksi termasuk pembatalan akaun dalam setiap pasaran apabila perkongsian berbayar ini dilancarkan kelak. Ianya akan memberi kesan negatif dalam jangka masa pendek.

Bagaimanapun, apabila isi rumah peminjam mula mengaktifkan akaun mereka sendiri dan akaun ahli lain ditambahkan, Netflix menjangkakan untuk melihat hasil keseluruhan yang lebih baik.

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY