Kad pengenalan (IC/MyKad) rosak? Hilang? Sekarang lebih mudah untuk dapatkan kad gantian kerana boleh lakukannya secara online saja.
Masukkan butiran dan bayar secara dalam talian (online) kemudian pergi ke JPN hanya untuk kutip. Kami kongsikan cara untuk buat kad gantian MyKad secara online di sini.
Pun begitu, sebelum lakukannya, ini yang anda perlu tahu.
Waktu operasi laman web Sistem Gantian MyKad atas talian JPN?
- Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi – 4.30 petang)
- Sistem ditutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Apakah jenis gantian MyKad tersedia?
Gantian biasa
- Terhad untuk menaik taraf cip MyKad dari 32k kepada 80k.
Kad atau cip rosak
- Disebabkan oleh keadaan fizikal MyKad yang rosak atau masalah cip MyKad yang tidak dapat dibaca semasa proses pengesahan bagi urusan-urusan tertentu.
Kehilangan
- Permohonan bagi kes kehilangan hanya dihadkan kepada kehilangan yang tidak melebihi 1 kali.
Berapakah caj yang saya perlu bayar?
- RM10, namun ini untuk kategori gantian biasa, kerosakan kad fizikal dan kerosakan cip.
- Jika anda mahu menggantikan MyKad yang hilang, caj adalah seperti gambar dibawah.
Cara buat gantian MyKad online:
Daftar di MyGOV (https://malaysia.gov.my/portal/register/)
Periksa e-mel, ikut arahan. Cipta kata laluan.
Masuk ke laman web https://gantianmykad.jpn.gov.my/
Klik Log Masuk.
Anda akan dibawa ke laman web lain (https://uap.malaysia.gov.my). Klik Password.
Log masuk dengan IC dan kata laluan ditetapkan seperti dicipta tadi.
Tekan Mohon disini.
Tekan Setuju.
Baca syarat-syarat tersebut kerana ia penting untuk proses kutipan di JPN nanti.
Tekan Setuju.
Isi semua maklumat. Pilih jenis gantian dan cawangan JPN untuk anda kutip MyKad.
Seterusnya, buat pembayaran seperti yang diminta (RM10 atau ikut fi ditetapkan jika kes hilang IC).
- Jika pembayaran secara FPX telah berjaya dilakukan tetapi tiada status permohonan atau status permohonan tidak berjaya, harap bersabar. Permohonan akan diproses oleh sistem dan tidak perlu membuat permohonan serta bayaran sekali lagi.
Selesai bayar, di halaman utama, akan terpapar Dalam Proses jika transaksi berjaya.
Selesai.
Macam mana nak tahu bila IC saya siap?
Semak status di sini http://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt dari masa ke masa.
Anda juga melakukannya melalui SMS dengan sila taip JPN MyKad <masukkan No. KP> hantar ke 15888.
Jangkaan siap dan bila saya boleh ambil MyKad baru saya?
- Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua cawangan UTC – 30 minit
- JPN cawangan Semenanjung Malaysia – 5 hari waktu bekerja
- Kutipan di JPN cawangan Sabah dan Sarawak – 7 hari waktu bekerja
Hanya individu yang juga pemilik MyKad yang dipohon sahaja dibenarkan untuk mengambil MyKad di kaunter JPN menerusi sistem ini.
Waktu operasi bagi cawangan kutipan JPN ZOOM (Kaunter Pandu Lalu)
- Isnin hingga Jumaat (9.00 pagi – 1.00 tengahari dan dari 2.00 petang – 4.00 petang)
- Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Apakah saya layak untuk ganti MyKad secara online melalui laman web di atas?
Jika anda sudah lama tidak memperbaharui/ganti MyKad anda, kami sarankan anda terus saja ke JPN tanpa mengikuti langkah ini kerana mereka perlu mengambil gambar anda bagi memastikan wajah anda yang terkini sama dengan gambar pada MyKad.
Jika anda mahu memperbaharui MyKad apabila mencapai usia 18 tahun juga, anda perlu terus ke cawangan JPN.
Hal ini kerana jika gambar anda pada MyKad dan wajah anda sekarang sudah banyak berubah, proses dengan Jabatan Imigresen atau berkaitan pasport nanti akan sukar, beritahu pegawai JPN pada kami.
Selain itu, gantian bagi MyKad yang hilang kali kedua dan ke atas juga tidak boleh dilakukan secara online, anda juga perlu ke cawangan JPN.
Macam mana kalau cap jari di JPN tidak sepadan masa nak ambil IC?
Sekiranya pengesahan cap jari gagal dilakukan semasa proses kutipan di kaunter JPN, pemohon dikehendaki untuk membuat permohonan semula di kaunter JPN.
{suggest}
Boleh guna untuk Touch ‘n Go?
Ya, juga boleh.
KEMAS KINI: Touch ‘n Go memberitahu kami bahawa fungsi TNG pada setiap MyKad masih tertakluk pada tempoh 10 tahun. Jadi, anda perlu ganti IC baharu jika fungsi TNG pada MyKad anda sudah tamat tempoh.
Berita baiknya, pegawai JPN tersebut juga memberitahu kad MyKad yang baru kami ambil tersebut tidak mempunyai tarikh luput (expiry date) seperti pada MyKad dengan fungsi TNG sebelum ini.
Semoga bermanfaat dan jagalah MyKad anda sebaik-baiknya.