Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google AI Mode

Masih Guna Google Macam Tahun 2015? Dah Tiba Masa Untuk Cuba AI Mode

Diterbitkan Mei 21, 2025 · Dikemas kini Mei 21, 2025 oleh Amsyar Latif

Google awal tahun ini telah melancarkan AI Mode dalam Search, dan kini ia sudah pun tersedia untuk pengguna tapi terhad di Amerika Syarikat terlebih dahulu.

Buat pengetahuan, ini bukan sekadar Google versi laju. Ini Google dengan otak baharu.

AI Mode menggunakan model Gemini 2.5 dan teknik “query fan-out”. Bila anda tanya soalan, AI pecahkan, cari maklumat merata tempat, dan jawab balik dengan penerangan, pautan, dan juga kadangkala graf.

Antara fungsi menarik:

  • Deep Search – Buat kerja penyelidikan untuk anda. Tanya soalan susah, ia akan keluarkan hasilnya siap dengan sumber.
  • Search Live – Guna kamera, tunjuk objek, tanya soalan
  • Agent AI – Cari dan bantu tempah tiket, restoran, janji temu
  • AI Shopping – Bantu pilih barang, cuba baju secara maya, dan boleh beli automatik bila harga cantik.
  • Personal Context – AI guna info carian lepas, Gmail, dan aktiviti anda untuk hasil carian yang lebih tepat.
  • Graf Interaktif – Tanya pasal sukan, saham, data. AI terus bagi visual, bukan sekadar ayat.

Melalui fungsi baharu ini, AI Mode ialah cara baharu untuk kita guna Google. Ia lebih pintar, lebih laju, dan boleh buat kerja untuk anda. Setakat ini baru di A.S, tapi kalau trend ni berterusan, tak lama lagi mungkin akan masuk Malaysia.

Mungkin ada yang di luar sana rasa kita mula jarang guna Google dan berharapkan AI (ChatGPT) untuk melakukan carian atau apa sahaja.

Namun, anda kena ingat, cara melakukan carian pada tahun 2025 tidak sama dengan tahun 2015. AI memudahkan urusan kita, jika carian sebelum ini perlu mengambil masa 5 minit, lepas ini silap-silap 1 minit sahaja atau kurang.

Tonton video di bawah untuk mengetahui bagaimana ia berfungsi.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Bukan Lagi Sekadar Google Glass, Ini Android XR Dengan Gemini AI
  • Google Tunjuk Cara Kesan Kandungan AI Dengan SynthID Detector

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY