Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Muat Naik Video ‘Teaser’, Tesla Cybertruck Dilapor Sudah Tiba Di Malaysia

Muat Naik Video ‘Teaser’, Tesla Cybertruck Dilapor Sudah Tiba Di Malaysia

Diterbitkan April 5, 2024 ยท Dikemas kini April 5, 2024 oleh Amalina Athman

Tesla Cybertruck kini dilaporkan sudah tiba di Malaysia selepas beberapa bulan trak pikap pertama jenama itu dilancarkan secara global pada Disember lalu.

Berkaitan

  • Tesla Cybertruck Kini Rasmi, Jarak Pemanduan Sehingga 547km
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Maklumat mengenainya dikongsi oleh ahli Automotive/Car Discussion Group di Facebook. Ia turut menyertakan gambar kenderaan itu yang masih berbungkus sepenuhnya, didakwa diletakkan dalam bilik pameran Tesla Kuala Lumpur.

Tesla Cybertruck_1

Menguatkan lagi dakwaan itu, Tesla Malaysia melalui akaun rasmi di Instagram turut memuat naik video teaser yang memaparkan Cybertruck bersama model EV lain, beberapa jam lalu.

https://www.instagram.com/reel/C5XUm5DpVg7/?igsh=MXNuc2tzdmp5a2ZnMA==

Sekiranya melayari laman rasmi Tesla Malaysia, anda juga akan melihat penyenaraian Cybertruck bersama Model 3 dan Model Y.

Walaupun begitu, penampilan Cybertruck ini mungkin hanya sebahagian daripada jelajah promosi Tesla di Asia, dan belum bersedia untuk jualan. Sebelum ini, EV itu pernah ‘diterbangkan’ ke China dan Jepun, dan akan dipamerkan di Thailand pada hujung minggu ini.

Dengan unit berasingan sudah ada di sini, kemungkinan besar pameran tempatan akan diadakan tidak lama lagi.

Sumber: Tesla Malaysia, Paultan.org, lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
©2026 WISER.MY