Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MSI Lancar PC Edisi Terhad Tema Toy Story Berharga ~RM11,660

MSI Lancar PC Edisi Terhad Tema Toy Story Berharga ~RM11,660

Diterbitkan Jun 25, 2025 · Dikemas kini Jun 25, 2025 oleh ariff bukhari

Untuk meraikan ulang tahun ke-30 Toy Story tahun ini, MSI telah bekerjasama dengan Pixar dan Disney untuk melancarkan PC bertemakan Toy Story.

PC ini menampilkan komponen-komponen PC yang terdiri daripada motherboard Z890, kad grafik GeForce RTX™ 5070, Pembekal kuasa 850W dan sistem penyejukan AIO.

Sementara Casing PC pula diinspirasikan dari mesin “claw” ikonik dalam filem tersebut.

TOY-Story_msi 5
Sistem penyejukan AIO berdasarkan watak Little Green Men
TOY-Story_msi 4
PSU bertema Emperor Zurg.
TOY-Story_msi 3
GPU RTX 5070 bertemakan Buzz Lightyear.
TOY-Story_msi 2
Motherboard Z890 bertema Woody.
TOY-Story_msi 1
Rekaan Casing PC diinspirasikan dari mesin “claw” ikonik dalam filem tersebut

Turut disertakan dalam pakej PC ini adalah blok binaan, magnet bertema Toy Story, 8 figura watak utama dan plak edisi terhad Disney.

Set lengkap PC MSI tema Toy Story ini ditawar pada harga NT79,900 (~RM11,660) yang dipacu pemproses Intel Core Ultra 5 245K, storan SPATIUM M450 PCIe 4.0 NVMe M.2 1TB dan RAM Kingston Fury Beast DDR5 32GB (16GBx2) 6400MT/s.

MSI Lancar PC Edisi Terhad Tema Toy Story Berharga ~RM11,660

PC MSI tema Toy Story ini sudah boleh di pra pesan, tapi hanya tersedia sebanyak 500 unit sahaja dan setakat ini, hanya di dalam pasaran Taiwan sahaja.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • POCO F7 Kini Rasmi - Cip Snapdragon 8s Gen 4, Harga Bermula RM1599
  • Nvidia Lancar GPU Mampu Milik Terbaru - RTX 5050

Sumber: MSI Store | MSI Brand Flagship Pavilion

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY