Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nvidia Lancar GPU Mampu Milik Terbaru – RTX 5050

Nvidia Lancar GPU Mampu Milik Terbaru – RTX 5050

Diterbitkan Jun 25, 2025 · Dikemas kini Jun 25, 2025 oleh ariff bukhari

Nvidia mengumumkan penambahan terbaharu kepada siri kad grafik RTX 50 mereka, dengan melancarkan GeForce RTX 5050.

GeForce RTX 5050 dibina menggunakan cip GB207 berasaskan seni bina Blackwell, dan dilengkapi dengan 2560 CUDA cores, iaitu kira-kira dua pertiga daripada jumlah yang ada pada model RTX 5060.

Kad ini turut menampilkan teras Tensor generasi ke-5 dan teras Ray Tracing (RT) generasi ke-4, menjadikannya serasi dengan teknologi seperti DLSS 4 dengan keupayaan multi-frame generation serta Reflex 2 yang akan datang.

Dari segi spesifikasi, kad ini beroperasi pada kelajuan asas 2.31GHz dan mampu meningkat sehingga 2.57GHz dalam mod boost.

Ia dilengkapi memori 8GB GDDR6 pada 128-bit, menjadikannya satu-satunya kad dalam siri RTX 50 setakat ini yang belum menggunakan GDDR7.

Untuk sambungan, ia menawarkan 3x port DisplayPort 2.1b dan 1x port HDMI 2.1b, untuk sambungan pelbagai paparan.

Kad ini juga menyokong pengekodan dan penyahkodan video generasi terkini menerusi NVENC dan NVDEC yang telah dipertingkatkan.

Walaupun tidak hadir dalam versi Founders Edition, kad ini akan ditawarkan oleh jenama-jenama utama seperti ASUS, MSI, GIGABYTE, ZOTAC, PNY dan banyak lagi.

Nvidia Lancar GPU Mampu Milik Terbaru – RTX 5050

Menariknya lagi, Nvidia juga telah mengesahkan kehadiran versi mudah alih RTX 5050, yang kini telah mula dihantar kepada pengeluar komputer riba dengan harga bermula sekitar $999 (~RM4,700).

Prestasi kad grafik ini dilaporkan 60% lebih pantas berbanding RTX 3050, dan berada hampir setara dengan RTX 4060 yang dilancarkan dua tahun lalu.

Menjadikannya pilihan menarik bagi pengguna yang inginkan prestasi tinggi pada bajet yang lebih berpatutan dan bersaiz kompak.

Nvidia Lancar GPU Mampu Milik Terbaru – RTX 5050
Nvidia Lancar GPU Mampu Milik Terbaru – RTX 5050

GeForce RTX 5050 merupakan model paling kecil dalam barisan RTX 50-series dan dijangka mula berada di pasaran pada pertengahan Julai  dengan harga bermula $249 (~RM1,175).

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Filem F1 Guna Kamera Berasaskan iPhone 15 Pro
  • Ribuan Facebook Group Digantung, Meta Salahkan Ralat Teknikal

Sumber: NVIDIA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY