Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5050_META (1)

MSI Lancar NVIDIA GeForce RTX 5050, GPU Bajet Dalam 3 Siri

Diterbitkan Julai 8, 2025 oleh ariff bukhari

MSI baru sahaja memperkenalkan barisan kad grafik terbaharu mereka yang dikuasakan oleh NVIDIA® GeForce RTX™ 5050, termasuk siri GAMING, VENTUS, dan SHADOW.

GeForce RTX 5050 yang telah dilancarkan NVIDIA merupakan model paling kecil dalam barisan RTX 50-series.

Kad grafik ini dikuasakan oleh seni bina NVIDIA Blackwell yang membawakan kuasa AI, sokongan DLSS 4 untuk prestasi dan grafik lebih realistik serta memudahkan kerja kreatif melalui NVIDIA Studio.

MSI Lancar NVIDIA GeForce RTX 5050, GPU Bajet Dalam 3 Siri
Pengguna juga boleh memanfaatkan NVIDIA NIM microservices, set model AI untuk membantu pembangun mencipta pembantu, ejen, dan alur kerja AI.

Menerusi siri Gaming, MSI meneruskan warisan Dragon Spirit ikonik mereka yang kini hadir dengan reka bentuk kipas berkembar yang lebih kompak berbanding model GAMING TRIO.

MSI RTX 5050 GAMING series
Siri RTX 5050 Gaming dilengkan sistem penyejukan TWIN FROZR 10 dan kipas STORMFORCE untuk menghasilkan aliran udara yang kuat dengan bunyi yang minimum.

Siri Ventus pula direka untuk praktikaliti dan prestasi untuk pengguna yang mahukan prestasi permainan dalam bentuk yang kompak.

MSI RTX 5050 Ventus series
Reka bentuk minimalisnya memudahkan ia dipadankan dengan pelbagai jenis binaan PC.

Siri SHADOW hadir dengan susunan dua kipas yang  dioptimumkan reka bentuk kompak.

Reka bentuk strukturnya yang praktikal memastikan penyejukan berkesan dan operasi stabil sepanjang sesi permainan harian.

MSI RTX 5050 SHADOW series
SHADOW sesuai untuk pembina yang mahukan prestasi yang dan tahan lama.

NVIDIA sebelum ini telah memaklumkan bahawa kad grafik GeForce RTX 5050 akan ditawarkan oleh jenama-jenama utama seperti ASUS, MSI, GIGABYTE, ZOTAC, PNY dan banyak lagi dan dijangka akan mula berada di pasaran pada pertengahan Julai dengan harga bermula $249 (~RM1,175).

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Nvidia Lancar GPU Mampu Milik Terbaru - RTX 5050
  • Bandai Namco Umum “MY HERO ACADEMIA: All’s Justice" Untuk Konsol Dan PC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY