Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bandai Namco Umum “MY HERO ACADEMIA: All’s Justice” Untuk Konsol Dan PC

Bandai Namco Umum “MY HERO ACADEMIA: All’s Justice” Untuk Konsol Dan PC

Diterbitkan Julai 7, 2025 oleh ariff bukhari

Bandai Namco Entertainment Amerika mengumumkan MY HERO ACADEMIA: All’s Justice, sebuah permainan  3D berasaskan siri anime popular My Hero Academia.

Berlatar belakang klimaks Final War, pemain akan dapat merasai sinematik “ONE LAST SMASH” melalui Mode Story dan pertarungan 3v3 penuh aksi, menampilkan Hero dan Villain ikonik dalam versi terkuat mereka.

Pemain boleh memilih watak kegemaran seperti Izuku Midoriya, Katsuki Bakugo, All Might, Tomura Shigaraki, Himiko Toga dan banyak lagi, lengkap dengan Quirks unik dan set pergerakan baharu berdasarkan penampilan terakhir mereka.

Selain pertarungan, pemain juga boleh menghidupkan kembali detik-detik penuh emosi dari Final War melalui Story Mode dari perspektif Hero dan Villain, termasuk adegan sinematik eksklusif yang memaparkan pertembungan legenda One For All vs. All For One.

Tidak mendedahkan tarikh pelancarannya, MY HERO ACADEMIA: All’s Justice disahkan akan tersedia untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (melalui Steam) dengan maklumat tambahan dan ciri-ciri lain akan didedahkan oleh Bandai Namco dalam beberapa bulan akan datang.

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • TikTok Dilapor Bakal Lancar Versi Khusus Untuk Pengguna Di AS
  • Pekerja Microsoft Dibuang, Eksekutif Xbox Cadang Guna AI Untuk Sokongan Emosi

Sumber: Bandai Namco Entertainment America Inc.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY