Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Los Angeles VIP Screening Of “Beast Games” Season Two With Jimmy Donaldson aka MrBeast

MrBeast Beli Step, Aplikasi Kewangan Fokus Gen Z

Diterbitkan Februari 10, 2026 oleh ariff bukhari

MrBeast, YouTuber paling popular di dunia, telah membeli sebuah aplikasi perkhidmatan kewangan yang memfokuskan Generasi Z, menurut pengumumannya pada Isnin, sekali gus menambah lagi empayar perniagaannya yang semakin berkembang.

Bintang internet itu, yang nama sebenarnya Jimmy Donaldson, memaklumkan di media sosial bahawa syarikatnya, Beast Industries, telah mengambil alih Step, sebuah platform perkhidmatan kewangan.

“Tiada siapa mengajar saya tentang pelaburan, membina kredit atau mengurus wang ketika saya membesar,” kata Donaldson yang berusia 27 tahun.

“Saya mahu memberikan jutaan anak muda asas kewangan yang saya sendiri tidak miliki.”

Walaupun menawarkan kad kredit dan debit serta akaun yang menjana faedah, Step bukanlah sebuah bank sepenuhnya, sebaliknya platform perkhidmatan kewangan yang disokong oleh Evolve Bank & Trust.

Jumlah pembelian tidak didedahkan dan kedua-dua Step serta Beast Industries tidak memberi maklum balas segera kepada AFP.

MrBeast mempunyai lebih 450 juta pelanggan YouTube, tertinggi di dunia, dengan kandungan berasaskan pertandingan ekstrem dan aktiviti kebajikan berskala besar. Video-videonya menelan kos jutaan dolar untuk dihasilkan, dengan sokongan kira-kira 300 kakitangan.

Kejayaannya turut berkembang ke rancangan permainan televisyen di Amazon Prime Video, taman tema sementara di Arab Saudi dikenali sebagai Beast Land, serta jenama snek Feastables yang mencatat jualan ratusan juta dolar.

Ketua Pegawai Eksekutif Step, CJ MacDonald, berkata pengambilalihan itu dijangka memperkukuh platform mereka dan membawa produk inovatif kepada pelanggan. – AFP.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Anak Malaysia Dilapor Berjaya Jual Domain AI.com Pada Harga $70 Juta
  • Pengguna Android Digesa Hati-Hati Dengan Aplikasi Keselamatan Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY