Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MRANTI AV VL

MRANTI AV VL, Makmal Kenderaan Berautonomi Terbesar Negara

Diterbitkan November 10, 2023 ยท Dikemas kini November 10, 2023 oleh ariff bukhari

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui MRANTI telah melancarkan Makmal Alami Kenderaan Berautonomi MRANTI (MRANTI AV VL) di Taman MRANTI yang merupakan makmal AV terbesar di negara.

MRANTI AV XL merupakan sebuah pusat kecemerlangan kenderaan berautonomi (AV) dan Next-Generation Vehicles (NxGVs) dengan tujuan memacu pembangunan, pengujian dan pengkomersialan inovasi teknologi kenderaan berautonomi.

MRANTI AV XL merangkumi laluan ujian sepanjang 12 km disambung dengan tempat letak kereta bertingkat tertutup, kembar digital (penggabungan ujian maya dan penggunaan fizikal), liputan rangkaian 5G dan infrastruktur untuk AV berkomunikasi dengan pantas.

Usaha juga sedang dijalankan untuk MRANTI menawarkan AV simulator dengan MRANTI selaku AV-as-a-Service Certification yang bertujuan untuk menjadi pusat rujukan national bagi penggunaan dan pengaplikasian AV di jalan raya Malaysia tertakluk kepada kelulusan pihak berkepentingan yang berkaitan.

Bersempena pelancaran MRANTI AV XL, sebanyak 8 projek penyelidikan AV telah diumumkan bersama rakan strategik MRANTI – Universiti Nottingham Malaysia, NanoMalaysia dan Institut Penyelidikan Tenaga di Universiti Teknologi Nanyang Singapura yang menguruskan Pusat Kecemerlangan Pengujian dan Penyelidikan AV (CETRAN).

MRANTI dalam satu kenyataan juga berkata, pihak mereka mengalu-alukan penyelidik dan inovator untuk menjalankan ujian ciptaan berkaitan AV mereka di Taman MRANTI, menjadi sebahagian daripada ekosistem atau menyertai mereka untuk kerjasama strategik.

Berkaitan

  • Ini Sebab Kenapa Kabel Apple USB-C Pro Berharga Lebih RM399
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Ramai Buat Silap Ni Bila Ambil Gambar Malam, Ni Cara Yang Betul

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY