Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gambar malam realme 11 pro+

Ramai Buat Silap Ni Bila Ambil Gambar Malam, Ni Cara Yang Betul

Diterbitkan Oktober 30, 2023 · Dikemas kini September 27, 2024 oleh Penaja

Salah satu perkara yang agak sukar apabila kita mahu mengambil gambar menggunakan telefon pintar adalah gambar pada waktu malam atau persekitaran kurang cahaya.

Terlalu banyak faktor dan pemboleh ubah yang mempengaruhi hasil gambar waktu malam.

Disebabkan itu, ramai yang membuat banyak kesilapan apabila mengambil gambar dalam persekitaran yang kurang cahaya.

Antara kesilapan paling ramai lakukan adalah dengan menggunakan shutter speed terlalu rendah. Kelemahan bila kita guna tetapan sebegini, ia akan menyusahkan kita kelak kerana apabila tangan bergegar walaupun sedikit, gambar akan jadi kabur.

Satu lagi, ramai gemar untuk menaikkan ISO terlalu tinggi. Benar, ISO tinggi akan memberikan foto malam lebih jelas. Namun, ia akan mengakibatkan hasil gambar mempunyai hingar (noise) yang banyak.

Jadi, macam mana nak dapat gambar malam yang terbaik? Usah runsing, ikuti langkah mudah di bawah.

Guna Night Mode

realme 11 pro+ 1

Ini kelebihan kita sebagai pengguna telefon pintar. Nama pun dah pintar, semestinya ia memudahkan kita bila mana mahu mengambil gambar.

Disebabkan semua telefon sekarang dah ada mod malam (night mode), gunakan saja mod tersebut.

realme 11 pro+ 2

Kelebihan mod ini adalah ia menggunakan perisian untuk memproses hasil gambar yang kita ambil.

Dengan ini juga, gambar tersebut tampak cantik ibarat menggunakan mod pro.

Bermain dengan sumber cahaya

realme 11 pro+ 3

Ini pun ramai yang silap. Bila bercakap tentang gambar malam, dalam fikiran mesti kawasan itu terlalu gelap.

realme 11 pro+ 4

Sebenarnya, bila kita berada di luar waktu malam, anda perlu cari dari mana sumber cahaya. Ia sama seperti gambar siang, kita akan menggunakan cahaya matahari sebagai sumber semulajadi untuk membantu komposisi gambar.

Untuk gambar malam, anda perlu lebih kreatif untuk mendapatkan sumber cahaya. Contohnya, lampu neon, lilin, api atau papan tanda yang bercahaya.

Kemudian, padankan dengan komposisi gambar dari sudut yang betul untuk mendapatkan hasil gambar yang menarik.

Cuba long exposure

Antara perkara menyeronokkan apabila gambar malam adalah long exposure. Pernah dengar light trail?

realme 11 pro+ 5

Ia dapat direalisasikan dengan menggunakan tetapan long exposure. Tapi, tahukah anda yang ada benda lain yang kita boleh buat dengan tetapan tersebut?

realme 11 pro+ 6

Anda boleh dapatkan gambar potret yang agak rare dan unik sebenarnya dengan long exposure.

Mudah, gunakan ISO rendah dan kurangkan shutter speed sekitar 1-4 saat; dan minta rakan anda untuk membuat sedikit pergerakan ketika anda sedang mengambil gambar.

realme 11 pro+ 7

Boleh juga anda sendiri yang menggerakkan peranti. Ia akan membuatkan gambar anda ibarat ada vibe seram tetapi pada masa yang sama stail.

Guna format RAW

realme 11 pro+ 8

Jangan takut untuk mengambil gambar dalam format RAW. Ya, gambar yang diambil dengan format ini akan mengambil storan yang banyak dalam peranti.

realme 11 pro+ 9

Namun, ia memudahkan kita nanti kerana format ini adalah gambar yang mempunyai banyak data. 

realme 11 pro+ 10

Secara tidak langsung, kita boleh melakukan suntingan nanti untuk mengubah white balance, shadows, highlight atau warna tanpa menjejaskan kualiti gambar.

Guna filter sebaiknya

Jangan lupa untuk meletakkan filter pada gambar malam. Jangan pandang rendah dengan filter.

realme 11 pro+ 11

Filter yang baik akan menjadikan gambar kita tu lebih menarik kerana ia boleh jadi lebih vibran, sinematik dan sebagainya.

Gambar malam lagi mudah dengan realme 11 Pro+ 5G

realme 11 pro+ 5g

Nak lagi senang, anda boleh menggunakan telefon pintar realme 11 Pro+ 5G. Peranti ini lengkap dengan keperluan fotografi anda.

Ia hadir dengan sensor besar 1/1.4” yang mana akan memberikan lebih banyak cahaya ke dalam kamera sekaligus gambar low light lebih cantik.

Selain itu, ia juga mempunyai Super Nightscape dan ProLight algorithm. Mod ini secara tidak langsung memudahkan lagi proses anda ketika mengambil gambar malam.

realme 11 pro+ 13

Paling utama, peranti ini adalah pertama dengan 200MP SuperZoom dengan 4x in-sensor lossless zoom serta OIS.

Bukan setakat gambar jelas, hasilnya juga tidak kabur kerana ada penstabilan imej.

Tak perlu tunggu lagi, anda yang minat fotografi boleh terus mendapatkan realme 11 Pro+ 5G segera.

*artikel ini dibawakan realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY