Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Motorola X70 Air Muncul Di Laman Lenovo China

Motorola X70 Air Muncul Di Laman Lenovo China

Diterbitkan Oktober 16, 2025 oleh ariff bukhari

Motorola memperkenalkan Moto X70 Air, telefon pintar ultra-nipis dengan ketebalan hanya 6mm dan berat 159g.

Berdasarkan semakan di laman Lenovo China, Moto X70 Air dilengkapi skrin OLED 6.7” beresolusi 1220p+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum 4,500 nits.

Walaupun lebih nipis, bateri 4,800mAh Moto X70 Air mengatasi Galaxy S25 Edge (3,900mAh) dan iPhone Air (3,149mAh).

Ia juga menyokong pengecasan pantas 68W dan pengecasan tanpa wayar 15W.

Motorola X70 Air Muncul Di Laman Lenovo China
Motorola Moto X70 Air dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 4, ia hadir dengan RAM 12GB dan storan sehingga 512GB dengan ciri pengimbas cap jari bawah paparan. Namun tiada slot microSD atau bicu audio.

Reka bentuknya diperkuat dengan bingkai logam tahan jatuh dan kalis air IP68/IP69.

Warna pilihan termasuk Gadget Gray, Lily Pad dan Bronze Green. Kamera belakang pula terdiri daripada dua sensor utama 50MP dan ultra-lebar 120°.

Ia dijangka dilancarkan secara global sebagai Motorola Edge 70 tapi harga masih belum didedahkan.

Berkaitan

  • Ini 5 Pengecas Berkuasa Tinggi Alternatif Untuk Telefon Android Dan iPhone
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • iPhone Air Mahal Sangat? Ini Alternatif Untuk Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY