Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

iPhone Air Mahal Sangat? Ini Alternatif Untuk Anda

Posted on September 12, 2025September 12, 2025

Apple telah pun melancarkan model iPhone ternipis yang pernah mereka hasilkan iaitu iPhone Air.

Malah ia merupakan telefon pintar ternipis yang pernah ada ketika ini.

iPhone Air dilengkapi dengan spesifikasi yang begitu berkuasa di mana ia dipacu pemproses A19 Pro yang Apple dakwa ia menyampaikan prestasi setanding komputer riba Macbook Pro.

Cuma harga jualannya agak mahal iaitu bermula RM4,999.

Dengan beberapa kekurangan pada iPhone Air seperti hanya dilengkapi kamera tunggal 48MP sebagai kamera utama, mungkin akan ada sesetengah pengguna kata “baik beli” yang lain.

iPhone Air, AFP
iPhone Air  dilengkapi skrin bersaiz 6.5 inci dan senipis 5.6mm. Ia hanya menyokong eSIM sahaja. Foto: AFP

Jadi, jika anda mahukan alternatif telefon pintar dengan kamera yang lebih banyak, harga yang jauh lebih mampu milik atau paparan yang lebih besar tapi nipis seakan iPhone Air, ini ada 4 pilihan alternatif untuk anda.

nubia Air

Ya, namanya nubia Air, dilancarkan hanya 2 hari lebih awal dari iPhone Air.

nubia Air merupakan telefon pintar dengan reka bentuk ultra nipis 5.9mm dengan bateri berkapasiti tinggi 5000mAh.

Ia dilengkapi skrin AMOLED 6.78 inci beresolusi 1.5K (1224×2720) dilindungi Corning Gorilla Glass 7i dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 4,500 nits.

Dari segi prestasi, ia dijana cip 6nm lapan teras dan menyokong sehingga 20GB RAM dinamik.

Sistem kamera pula terdiri daripada kamera utama 50MP AI Triple dan kamera hadapan 20MP, lengkap dengan ciri AI dan sokongan rakaman serentak berbilang kamera.

nubia Air tersedia dalam tiga warna menarik dengan harga bermula dari $279 (~RM 1,180) sahaja.

TECNO Slim

TECNO Slim juga baru sahaja dilancarkan di IFA 2025 sebagai telefon pintar ultra nipis dengan skrin AMOLED melengkung 3D.

Paparan AMOLED 1.5K menyokong kadar segar semula 144Hz dan kecerahan sehingga 4,500 nits.

Sistem penyejukan terdiri daripada vapor chamber 0.3mm dan grafit berprestasi tinggi.

Hadir dalam dua model iaitu SPARK Slim (4G) setebal 5.93mm dan POVA Slim 5G setebal 5.95mm, ia dilengkapi bateri 5160mAh dengan pengecasan pantas 45W.

Model 4G dijana cip Helio G200, manakala versi 5G menggunakan Dimensity 6400 5G+. Walau bagaimanapun, harga jualannya belum didedahkan lagi setakat ini.

Infinix HOT 60 Pro+

Infinix HOT 60 Pro+ adalah telefon pintar terbaru yang secara rasminya telah diiktiraf sebagai “Telefon Pintar Paling Nipis Di Dunia Dengan Paparan 3D Melengkung” oleh Rekod Dunia Guinness.

Dengan ketebalan 5.95mm dan berat 155g, Ia dilengkapi skrin AMOLED 3D melengkung bersaiz 6.78 inci beresolusi 1.5K, menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz dan kecerahan puncak 4500 nits.

Dikuasakan cip MediaTek Helio G200 (6nm), ia dipadankan dengan RAM 8GB dan storan sehingga 256GB, serta tambahan RAM maya 8GB.

Peranti ini juga dilengkapi sistem audio JBL,

Ia hadir dengan tetapan 3 kamera termasuklah kamera utama 50MP menggunakan sensor SONY IMX882, manakala kamera hadapan 13MP menyokong rakaman sehingga 2K.

Bateri 5160mAh menyokong pengecasan pantas 45W dan pengecasan berbalik 10W.

Infinix HOT 60 Pro+ telah pun dilancarkan secara rasmi pada 25 Julai 2025 lepas, namun model ini belum dilancarkan untuk pasaran Malaysia di mana ia hanya dilancarkan di beberapa pasaran terpilih sahaja seperti Bangladesh.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress