Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI Dalam Pendidikan Perlu Seimbang Dengan Nilai Ta’lim Dan Ta’dib – Ahli Akademik

AI Dalam Pendidikan Perlu Seimbang Dengan Nilai Ta’lim Dan Ta’dib – Ahli Akademik

Diterbitkan November 12, 2024 oleh Rushsyafizal

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) baru-baru ini menganjurkan Seminar Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Teknologi Pendidikan pada 11 dan 12 November, yang menyatukan ahli akademik, pendidik, dan pakar teknologi bagi membincangkan peranan AI dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pengerusi IKIM, Prof Datuk Muhammad Nur Manuty, menyifatkan seminar ini sebagai platform penting bagi memajukan AI sebagai alat yang praktikal dan efektif dalam pendidikan.

Menurut Prof Muhammad Nur, kepantasan perkembangan AI mampu membawa manfaat yang ketara dari segi teori dan amali dalam bidang pendidikan. Namun, beliau mengingatkan bahawa AI dalam pendidikan perlu seimbang dengan nilai ta’lim (pengajaran) dan ta’dib (pendidikan moral) agar tidak menimbulkan keraguan atau skeptisisme terhadap aspek kerohanian dan kepercayaan agama.

Selain itu, seminar ini turut melibatkan kerjasama dengan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Prof Muhammad Nur menekankan bahawa IKIM, sebagai sebuah kumpulan pemikir Islam di Malaysia, bertanggungjawab memastikan penggunaan AI dan teknologi digital diteroka secara mendalam melalui projek penyelidikan masa depan.

Beliau juga menyatakan bahawa tugas IKIM adalah memastikan prinsip Islam tetap relevan dan teguh di tengah perubahan pesat dalam teknologi dunia.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Lalamove Sertai Perkhidmatan e-Hailing Melalui Lalamove Ride
  • Samsung Perkenal SSD 990 EVO Plus - Lebih Pantas, Harga Bermula RM519
  • ASUS ExpertBook P1 Dan ExpertBook P5 Kini Di Malaysia
  • Apple Lancar Ciri ‘Share Item Location’ AirTags Bersama 15 Syarikat Penerbangan Untuk iOS 18.2

Sumber: Astro Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY