Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gta 5 mod

‘Modder’ Ini Luang 10,000 Jam Jadikan GTA 5 Sebuah Dunia Fotorealistik

Diterbitkan Mei 30, 2025 · Dikemas kini Mei 30, 2025 oleh Amsyar Latif

Ketika Rockstar melancarkan treler pertama GTA 6 pada Disember 2023, ramai yang percaya masa untuk kembali ke Vice City hampir tiba. Tetapi selepas itu, tiada berita selama lebih setahun sebelum tarikh pelancaran rasmi ditetapkan pada Mei 2026.

Sementara menunggu, peminat GTA 5 tidak dibiarkan sunyi. Modder bernama Razed bersama pasukannya terus memperhalusi NaturalVision Enhanced, mod grafik yang menjadikan Los Santos kelihatan hampir nyata. Lebih 10,000 jam dihabiskan untuk membangunkan mod ini, yang kini memanfaatkan teknologi ray tracing dalam edisi GTA 5 Enhanced terkini.

Setiap sudut dunia permainan, dari pencahayaan ke tekstur jalan raya, telah diubah suai untuk mencipta pengalaman visual yang menakjubkan.

Gta 5 mod_garage

Razed menyifatkan kesabaran, perincian halus dan sokongan komuniti sebagai kunci kejayaan projek ini. Beliau juga berjaya menjadikan minatnya satu kerjaya melalui Patreon dan Discord, serta membuka peluang kepada modder lain.

NaturalVision bukan sekadar mod visual, ia simbol dedikasi dan cinta terhadap seni modding. Razed berharap Rockstar akan menyokong komuniti secara rasmi apabila GTA 6 tiba di PC, termasuk dengan alat modding dan pasaran kandungan seperti yang dilakukan oleh Bethesda.

Bagi masa depan, Razed membayangkan menghasilkan kandungan unik untuk pelayan roleplay dan peta bertema 1980-an, menyesuaikan Vice City ke suasana Miami klasik.

Dunia GTA seterusnya mungkin masih jauh, tetapi dengan modder seperti Razed, semangat komuniti tidak pernah hilang.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Rockstar Sahkan GTA 6 Ditangguh Hingga Tahun Depan
  • Kos GTA 6 Didakwa US$2 Bilion – Fakta Sebenar Di Sebalik Angka Yang Tular
  • Rockstar Sahkan Treler GTA 6 Gabungan 'Gameplay' dan 'Cutscene' Sebenar Dari PS5

Sumber: pcgamer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
©2026 WISER.MY