Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA 6_

Rockstar Sahkan GTA 6 Ditangguh Hingga Tahun Depan

Diterbitkan Mei 2, 2025 ยท Dikemas kini Mei 2, 2025 oleh Amalina Athman

Rockstar Games kini mengesahkan pelancaran Grand Theft Auto VI (GTA 6) ditangguhkan sehingga 26 Mei 2026.

Untuk makluman, permainan ini pada awalnya dijadualkan pelancaran pada musim luruh 2025, iaitu sekitar September. Namun, Rockstar memaklumkan bahawa pasukan pembangun kini memerlukan lebih masa untuk memastikan permainan ini mencapai tahap kualiti yang dijangka dan layak diterima oleh para peminat.

Grand Theft Auto VI is now set to release on May 26, 2026. https://t.co/YgaIn1cYc8 pic.twitter.com/cyeK7GM6Ob

— Rockstar Games (@RockstarGames) May 2, 2025

Treler pertama GTA 6 telah diperkenalkan pada Disember 2023, dan sejak itu, hanya sedikit maklumat yang dikongsikan mengenai permainan ini, selain tarikh pelancarannya yang secara rasmi kini ditunda ke tahun hadapan.

Pada Februari lalu, CEO Take-Two Strauss Zelnik pernah menegaskan bahawa GTA 6 akan dilancarkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Namun, dengan pengumuman penangguhan ini, tidak dinafikan ia bakal menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan peminat yang sudah lama menantikan kemunculannya.

Berkaitan

  • Treler Pertama GTA 6 Kini Tersedia Lebih Awal
  • Penggodam GTA 6 Dijatuhi Hukuman Tahanan Di Hospital Seumur Hidup
  • "Memang Berbaloi Tunggu GTA 6" CEO Take-Two
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY