Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA 6

Rockstar Sahkan Treler GTA 6 Gabungan ‘Gameplay’ dan ‘Cutscene’ Sebenar Dari PS5

Diterbitkan Mei 8, 2025 · Dikemas kini Mei 8, 2025 oleh Amsyar Latif

Treler kedua untuk Grand Theft Auto VI akhirnya dilancarkan, dan ia terus mencetuskan kekecohan dalam komuniti gaming seluruh dunia. 

Visual yang dipaparkan terlalu cantik hinggakan ramai menyangka ia mungkin dijana menggunakan konsol PlayStation 5 Pro atau versi PC berkuasa tinggi.

Namun, Rockstar Games segera tampil memberi penjelasan. Dalam satu ciapan rasmi di akaun X (dahulunya Twitter), Rockstar mengesahkan bahawa:

“Mengandungi bahagian yang seimbang antara permainan sebenar dan babak sinematik dari PS5.”

Dengan kenyataan ini, Rockstar menepis spekulasi bahawa treler tersebut sekadar cutscene CGI. Sebaliknya, ia benar-benar mencerminkan pengalaman sebenar dalam permainan. Satu gabungan sinematik dan aksi dalam permainan sebenar.

Treler tersebut menampilkan suasana Vice City yang diperbaharui, lengkap dengan trafik realistik, pantulan cahaya yang dinamik, serta watak yang bergerak dalam persekitaran terbuka dengan begitu lancar.

Peningkatan dari GTA V jelas ketara, bukan sahaja dari segi visual, malah ekspresi wajah dan animasi juga lebih hidup.

Rockstar Games telah mengumumkan bahawa Grand Theft Auto VI akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mei 2026 untuk platform PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Treler Kedua GTA 6 Kini Tersedia Dengan Pandangan Lebih Dekat Latar Permainan
  • Kos GTA 6 Didakwa US$2 Bilion – Fakta Sebenar Di Sebalik Angka Yang Tular

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY