Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Bayar ‘Online’ Tanpa Nombor Kad — Inilah Rancangan Mastercard Menjelang 2030

Posted on Mei 16, 2025

Mastercard kini sedang merevolusikan pengalaman beli-belah dalam talian. Mereka mahu hapuskan keperluan menaip nombor kad secara manual dan gantikannya dengan sistem checkout satu klik yang lebih cepat, selamat dan mudah, menjelang tahun 2030.

Selama ini, pengguna perlu isi nombor kad dan butiran setiap kali membeli dalam talian, atau simpan maklumat kad di laman web tertentu yang mana berisiko tinggi jika berlaku kebocoran data. Kajian terbaru menjangka kerugian akibat penipuan pembayaran dalam talian akan mencecah USD91 bilion pada 2028.

Untuk atasi masalah ini, Mastercard perkenal tokenisasi, iaitu teknologi yang menukar nombor kad kepada token rawak yang tidak boleh digunakan oleh penggodam.

Hari ini, lebih 30% transaksi Mastercard di seluruh dunia sudah menggunakan token, yang bukan saja lebih selamat, malah meningkatkan kadar transaksi yang diluluskan.

Selain itu, Mastercard memperkenalkan:

  • Click to Pay – sistem checkout satu klik tanpa perlu isi semula butiran
  • Payment passkeys – pengesahan guna cap jari atau wajah, tanpa OTP atau kata laluan

Mastercard menyasarkan pelaksanaan penuh sistem “checkout tanpa input manual” ini di semua pasaran menjelang tahun 2030. Walaupun mereka bermula di Eropah (pasaran yang lebih matang dari segi inovasi pembayaran), pelaksanaan global sedang berlangsung dengan kerjasama bank, fintech dan platform e-dagang utama.

Ringkasnya

Mastercard sedang merancang masa depan di mana anda tidak perlu lagi:

  • Masukkan nombor kad semasa membeli
  • Risau kad tamat tempoh untuk langganan
  • Ingat kata laluan atau tunggu OTP

Sebaliknya, anda hanya perlu klik, sahkan dengan cap jari, dan teruskan hidup seperti biasa.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress