Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jangan Abaikan, Microsoft Tampal 167 Kecacatan Keselamatan Windows Bulan Ini

Jangan Abaikan, Microsoft Tampal 167 Kecacatan Keselamatan Windows Bulan Ini

Diterbitkan Oktober 15, 2025 · Dikemas kini Oktober 15, 2025 oleh ariff bukhari

Jika anda masih belum mengemas kini sistem operasi Windows dalam PC anda, ada baiknya anda berbuatnya dengan segera.

Ini kerana Microsoft telah mengeluarkan kemas kini terbesar dalam sejarahnya pada Oktober 2025 apabila menampal sebanyak 167 kecacatan keselamatan Windows.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan CVE yang ditampal tahun ini kepada 1,021 setakat Oktober ini, sekali gus melebihi jumlah tahun lepas.

Daripada jumlah tersebut, tujuh diklasifikasikan sebagai kritikal, 158 penting, dan dua lagi sederhana.

Jangan Abaikan, Microsoft Tampal 167 Kecacatan Keselamatan Windows Bulan Ini
Kerentanan Peningkatan Keistimewaan (EoP) menyumbang hampir separuh daripada isu yang ditangani, diikuti oleh Kerentanan Pelaksanaan Kod Jauh (RCE).

Antara kelemahan yang paling ketara adalah dua dalam Agere Modem iaitu pemacu pihak ketiga yang telah wujud dalam sistem pengendalian Windows selama hampir 20 tahun lalu.

Microsoft menyelesaikan isu ini dengan membuang pemacu ltmdm64.sys melalui kemas kini kumulatif Oktober.

Satu lagi kerentanan CVE-2025-59230 telah ditemui dalam Windows Remote Access Connection Manager (RasMan), yang membolehkan peningkatan keistimewaan.

Microsoft turut menasihatkan pengguna Microsoft Office perlu berhati-hati terhadap CVE-2025-59227 dan CVE-2025-59234, dua pepijat pelaksanaan kod jauh yang boleh dieksploitasi melalui “Preview Pane” tanpa perlu membuka fail.

Sehubungan itu, pengguna PC Windows disyorkan untuk semak kemas kini PC anda menerusi Settings > Windows Update.

Screenshot 2025-10-15 104642

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Purata Umur 'Gamer' Adalah 41 Tahun, Wanita Dominasi Permainan Mudah Alih - Kajian
  • Penyelidik Dedah Kod 2FA Boleh Dicuri Dari Telefon Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY