Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Purata Umur ‘Gamer’ Adalah 41 Tahun, Wanita Dominasi Permainan Mudah Alih – Kajian

Purata Umur ‘Gamer’ Adalah 41 Tahun, Wanita Dominasi Permainan Mudah Alih – Kajian

Diterbitkan Oktober 13, 2025 oleh ariff bukhari

Kajian Power of Play: 2025 oleh Entertainment Software Association (ESA) melibatkan 24,216 pemain dari 21 buah negara mendedahkan bahawa usia purata pemain global ialah 41 tahun.

Malah apa yang lebih mengejutkan adalah 48% daripadanya adalah pemain wanita, sekali gus hampir mendominasi pemain lelaki dengan 51%.

Purata Umur ‘Gamer’ Adalah 41 Tahun, Wanita Dominasi Permainan Mudah Alih – Kajian

Platform paling popular ialah peranti mudah alih dengan penguasaan 55%, diikuti PC dan konsol (masing-masing 21%).

Laporan itu turut mendedahkan, peratusan pemain wanita yang memilih untuk bermain permainan video kerana faktor melatih otak dan untuk kekal berfikiran tajam adalah lebih tinggi berbanding pemain lelaki.

Sebaliknya, lelaki pula lebih ramai memilih bermain permainan video untuk berseronok.

Purata Umur ‘Gamer’ Adalah 41 Tahun, Wanita Dominasi Permainan Mudah Alih – Kajian

Selain itu, menurut perspektif pemain permainan video global, mereka bersetuju bahawa permainan video menawarkan beberapa manfaat seperti meredakan tekanan, membantu dalam kesihatan mental, membantu mereka berasa lebih gembira dan  membantu mereka daripada rasa kesunyian.

Purata Umur ‘Gamer’ Adalah 41 Tahun, Wanita Dominasi Permainan Mudah Alih – Kajian

Kajian ini disokong oleh ESA dan organisasi permainan dari Eropah seperti UKIE, SELL, dan VideoGamesEurope. Ia membuktikan bahawa permainan bukan sekadar hiburan, tetapi juga alat pembangunan diri dan sosial.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Kerajaan Umum Projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI
  • Perodua Ada Aplikasi Baru, Gabung EV, E-Wallet & Hiburan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY