Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2026-07-08 at 15.57.44

Microsoft Surface Dipacu Snapdragon® X2 Tiba Di Malaysia, Harga Dari RM6,999

Diterbitkan Julai 8, 2026 · Dikemas kini Julai 8, 2026 oleh ariff bukhari

Microsoft hari ini memperkenalkan generasi baharu Surface Pro dan Surface Laptop di Malaysia.

Peranti ini menonjol dengan prestasi serta keupayaan produktiviti yang memenuhi keperluan profesional moden di mana ia kini dipacu pemproses terbaru dari siri Snapdragon® X2.

Untuk model Surface Pro, ia kini tersedia dalam saiz skrin  13 inci dengan pilihan RAM 16 atau 32GB dan storan 256 GB hingg 1 TB.

Surface (2)
Microsoft Surface Pro adalah “PC 2-dalam-1 paling serba boleh”, menawarkan kebebasan bekerja di mana sahaja dengan paparan sentuh yang responsif dan bateri tahan lama dipacu Snapdragon X2 Plus atau Elite.

Sementara model Surface Laptop pula tersedia dalam pilihan saiz 13.8 inci dan 15 inci, juga dengan pilihan RAM dari 16GB hingga 32 GB dan storan dari 512 hingga 1TB.

Surface (1)
Pilihan warna Jade untuk Surface Laptop hanya boleh didapati secara eksklusif di Harvey Norman Malaysia.

Dipacu pemproses Snapdragon® X2, peranti Microsoft Surface baharu ini menjajnjikan hayat bateri panjang antara 15 jam sehingga 20 jam operasi.

Microsoft turut mengumumkan tawaran pendaftaran awal (early bird) untuk pelanggan yang ingin menjadi antara yang terawal memiliki peranti ini.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pengedar sah seperti All IT Hypermarket, Harvey Norman, dan Thunder Match Technology.

Microsoft Surface Pro ditawar dengan harga jualan bermula RM6,999 sehingga RM11,7999, manakala Surface Laptop pula berharga dari RM7,399 hingga RM12,199.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Huawei Umum Kadar Lesen Wi-Fi 7, RM2.30 Bagi Setiap Peranti
  • Astro X3 Dilancar 20 Julai Ini - Penstriman Tanpa Dekoder, Langganan Bermula RM39.99/Bulan
  • Nothing Phone (4b) Rasmi Dilancarkan – Snapdragon 6 Gen 4, Bateri 5,200mAh & IP64

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY