Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 11_toms hardware credit

Microsoft Siasat Isu Kemas Kini Windows 11 Menyebabkan Data SSD Rosak

Diterbitkan Ogos 22, 2025 · Dikemas kini Ogos 22, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft sedang menyiasat isu kegagalan dan kerosakan data pada SSD dan HDD selepas pemasangan kemas kini keselamatan Windows 11 KB5063878 (Ogos 2025).

Walaupun Microsoft tidak dapat mengulangi masalah itu dalam ujian dalaman mereka, laporan pengguna menunjukkan ia berlaku terutamanya apabila penulisan data berterusan mencecah saiz fail 50GB pada storan yang lebih 60% penuh.

Antara model storan yang terkesan termasuklah Corsair Force MP600, SanDisk Extreme Pro, Kioxia Exceria Plus G4, serta pemacu dengan pengawal Phison dan InnoGrit.

Microsoft kini bekerjasama dengan pengeluar storan untuk mengenal pasti punca, termasuk dengan Phison, yang mengakui kesan industri akibat kemas kini itu.

Sebagai langkah pencegahan, buat masa ini pengguna dinasihatkan mengelakkan daripada menulis fail besar serentak atau mengekstrak data besar sekaligus sehingga isu ini selesai.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Monopoli Carian Di Peranti Android, Google Setuju Bayar ~RM152 Juta
  • CelcomDigi Dan Huawei Pertama Di Malaysia Tawar WiFi 7 Untuk Perniagaan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY