Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Kembalikan Ikon Yang Hilang Pada Paparan “Desktop” Windows

Microsoft Sedang Uji Ciri Baharu Menu Start Windows 11

Diterbitkan Jun 11, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft kini sedang menguji satu ciri baharu dalam Windows 11 menerusi reka bentuk Menu Start yang lebih besar, boleh menatal dan lebih mudah digunakan.

Dengan menu Start baharu ini, pengguna tidak perlu lagi membuka halaman tambahan untuk mencari aplikasi.

Microsoft Sedang Uji Ciri Baharu Menu Start Windows 11
Menu Start yang dikemas kini menunjukkan aplikasi yang dipin di atas, aplikasi dan fail yang disyorkan di tengah, dan aplikasi yang dipasang yang dikelompokkan mengikut antara muka kategori baru di bawah.

Sebaliknya, semua aplikasi kini dipaparkan terus di bahagian atas menu, dan pengguna hanya perlu menatal ke bawah untuk melihat selebihnya.

Selain itu, bahagian “Recommended” boleh dimatikan jika pengguna mahu melihat lebih banyak aplikasi mereka tanpa gangguan.

Microsoft Sedang Uji Ciri Baharu Menu Start Windows 11
Menu Start baharu kini menunjukkan aplikasi yang dipin dan dipasang, menjadikan menu Start kini lebih responsif.

Microsoft juga memperkenalkan dua jenis paparan baru untuk menu Start:

  1. Paparan kategori – aplikasi disusun mengikut jenis, contohnya aplikasi pejabat, hiburan, atau permainan.
  2. Paparan grid – aplikasi disusun secara abjad seperti senarai biasa.
Microsoft Sedang Uji Ciri Baharu Menu Start Windows 11
Menu Start baharu memperkenalkan 2 cara baru untuk melihat aplikasi yang dipasang: mengikut kategori dan pandangan grid.

Apa yang menariknya adalah saiz menu Start juga akan menyesuaikan secara kendiri mengikut saiz skrin peranti.

Jika pengguna menggunakan komputer atau monitor bersaiz besar, anda akan melihat 8 lajur aplikasi, 6 cadangan, dan 4 lajur kategori.

Untuk peranti yang lebih kecil, paparan akan mengecil secara automatik.

Satu lagi fungsi menarik ialah butang baru untuk mengawal sambungan ke telefon melalui ciri Phone Link.

Butang ini membolehkan pengguna membuka atau menutup paparan sambungan telefon terus dari menu Start.

Microsoft Sedang Uji Ciri Baharu Menu Start Windows 11
Microsoft juga menambah pilihan untuk menyesuaikan paparan di lock screen. Pengguna kini boleh memilih, menambah, membuang, atau menyusun semula widget mengikut kehendak masing-masing.

Ciri baharu menu Start Windows 11 ini sudah pun tersedia menerusi Windows 11 Insider Preview Build 26200.5641 (KB5060824) pada pengguna Dev Channel iaitu saluran khas untuk pengguna yang ingin mencuba fungsi Windows terbaru sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

Berkaitan

  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Guna ChatGPT? Sam Altman Dedah Berapa Banyak Tenaga, Air Digunakan Untuk 1 Soalan
  • U Mobile Pilih OCK Untuk Pelaksanaan Infrastruktur 5G Dalam Bangunan

Sumber: Windows Insider Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Dua Anak Sarawak Raih Tempat Kedua Dalam Pertandingan Robotik WRO 2026 Di Croatia
  • Dakwaan Isu Haba Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Kurang Tepat - Qualcomm
  • OpenAI Dilapor Tawar Gaji Sehingga Sekitar RM2.1 Juta Setahun Untuk Kerja Futuristik Ini
  • Penang Port Jadi Pelabuhan Pertama Di Malaysia Guna Rangkaian 5G Persendirian
  • Pesawat Elektrik Berkuasa Solar Rekod Penerbangan Setinggi 9,640 Meter
  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
©2026 WISER.MY