Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Raikan 50 Tahun Windows Dengan “Wallpaper” Edisi Terhad

Microsoft Raikan 50 Tahun Windows Dengan “Wallpaper” Edisi Terhad

Diterbitkan April 7, 2025 · Dikemas kini April 7, 2025 oleh ariff bukhari

Tanpa sedar, usia sistem operasi Windows dari Microsoft sudah pun berusia 50 tahun.

Sempena dengan itu, Microsoft menawarkan sejumlah rekaan “wallpaper” baharu yang boleh dimuat turun secara percuma oleh anda.

Kesemua wallpaper ini direka oleh tiga pereka Microsoft dan peminat super Windows di mana Microsoft menyatakan wallpaper edisi terhad mereka ini membayangkan semula detik-detik Windows yang paling tidak dapat dilupakan.”

Wallpaper ulang tahun ke 50 Windows ini menampilkan 8 rekaan yang diinspirasikan dari Windows yang ikonik iaitu logo segi empat Windows, permainan Microsoft Mahjong, kad Solitaire dan bunga Tulip.

Microsoft Raikan 50 Tahun Windows Dengan “Wallpaper” Edisi Terhad

Selain wallpaper untuk PC, Microsoft turut menawarkan beberapa kandungan istimewa lain untuk konsol Xbox termasuklah 50th Anniversary Dynamic Background, Nostalgic Profile Themes, 50th Anniversary Badge dan 50th Anniversary Theme for Microsoft Solitaire.

Malah terdapat juga tema sambutan 50 tahun Windows untuk pelayar Edge.

Windows 50

Walaupun sejarah Windows bermula seawal tahun 1975 yang dimulakan oleh 2 rakan zaman kanak-kanak iaitu Bill Gates dan Paul Allen, versi pertama Windows yang membolehkan pengguna menggunakan tetikus dan tetingkap untuk menjalankan aplikasi hanya bermula dalam tahun 1985.

Kini, sistem operasi Windows digunakan oleh 90% komputer di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Microsoft Tambah Baik Antara Muka Menu "Start" Windows 11
  • U Mobile Mahu Tamatkan Era Internet Perlahan Dalam Bangunan

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
  • AS Arah Agensi Kerajaan Henti Guna DeepSeek, Bimbang Data Sensitif Dipindahkan Ke China
  • RoboVan Tahap 4 Mula Percubaan 6 Bulan Di Cyberjaya
  • Amazfit T-Rex Dual Solar Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799
©2026 WISER.MY