Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Menggerakkan “Cursor” tanpa Menggunakan Tetikus

Microsoft Tambah Baik Antara Muka Menu “Start” Windows 11

Diterbitkan April 7, 2025 · Dikemas kini April 7, 2025 oleh ariff bukhari

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menu “Start” Windows 11 telah mengalami pelbagai perubahan, termasuk paparan “kategori” baharu dan ciri “companions“.

Namun, Microsoft masih terus membuat pelarasan.

Perkembangan terbaru menunjukkan bahawa Microsoft sedang membangunkan reka bentuk semula menu “Start”untuk kemas kini Windows 11 yang akan datang.

Reka bentuk baharu ini akan membolehkan pengguna melihat dan menatal semua kandungan sekali gus, dengan susun atur menu “Start” yang lebih panjang dan lebar.

Selain itu, pengguna akhirnya boleh mematikan ciri cadangan (recommendations), yang merupakan ciri yang telah lama diminta oleh ramai pengguna.

Reka bentuk baharu ini ditemui oleh pengguna @phantomofearth yang memuat naik video pendek menunjukkan rupa dan fungsi reka bentuk baru tersebut.

https://x.com/phantomofearth/status/1907862062610444340

Buat masa ini, ia hanya tersedia untuk pengguna versi Dev (Pembangun) dan Beta Windows Insider.

Tetapi ia dijangka akan ditawarkan kepada pengguna umum sedikit masa lagi.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • POCO M7 Pro 5G Hadir Dengan Cip Dimensity 7025-Ultra, Harga Bawah RM1000
  • U Mobile Mahu Tamatkan Era Internet Perlahan Dalam Bangunan

Sumber: PCWorld

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
  • AS Arah Agensi Kerajaan Henti Guna DeepSeek, Bimbang Data Sensitif Dipindahkan Ke China
  • RoboVan Tahap 4 Mula Percubaan 6 Bulan Di Cyberjaya
  • Amazfit T-Rex Dual Solar Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799
©2026 WISER.MY