Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rangkaian 5G kedua U Mobile

U Mobile Mahu Tamatkan Era Internet Perlahan Dalam Bangunan

Diterbitkan April 7, 2025 ยท Dikemas kini April 7, 2025 oleh Amsyar Latif

Pernahkah anda mengalami masalah Internet perlahan ketika berada di dalam bangunan, seperti pusat beli-belah, pejabat atau kompleks komersial? Masalah tersebut mungkin akan selesai selepas ini.

U Mobile, penyedia rangkaian 5G generasi baharu Malaysia, telah menandatangani perjanjian strategik (MoU) bersama EdgePoint Infrastructure, sebuah syarikat infrastruktur telekomunikasi ASEAN yang pakar dalam memastikan liputan stabil dalam bangunan.

Kerjasama ini secara langsung memberi manfaat besar kepada pengguna kerana EdgePoint akan membantu U Mobile mempercepatkan pemasangan infrastruktur 5G di lokasi kritikal seluruh Malaysia.

u mobile edgepoint

Apa keistimewaannya untuk anda sebagai pengguna?

Melalui kerjasama ini, pengguna boleh menikmati Internet 5G dengan kelajuan ultra tinggi, gangguan minimum, dan sambungan yang stabil walaupun berada jauh dalam bangunan.

Bukan sahaja boleh memuat turun kandungan dengan lebih pantas, tetapi juga menikmati pengalaman penstriman, permainan dalam talian, serta aplikasi pintar tanpa gangguan.

EdgePoint, yang memiliki lebih 15,000 menara telekomunikasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina, akan memastikan pelaksanaan 5G dalam bangunan berjalan dengan cepat, cekap dan kos efektif, sekali gus mempercepatkan akses kepada aplikasi pintar seperti teknologi AI, IoT, dan bandar pintar.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • U Mobile Kini Tawar Akses 5G SA - Semak Pelan & Peranti Yang Disokong
  • U Mobile Dapat 'Lampu Hijau' MCMC, Sedia Lancar Rangkaian 5G Kedua Generasi Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY