Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Lancar Copilot Pro, Pembantu AI Lebih Berkuasa Dengan Langganan ~RM 93/bulan

Microsoft Lancar Copilot Pro, Pembantu AI Lebih Berkuasa Dengan Langganan ~RM 93/bulan

Diterbitkan Januari 16, 2024 · Dikemas kini Januari 16, 2024 oleh ariff bukhari

Microsoft hari ini melancarkan versi berbayar pembantu Copilot AI yang berharga $20 (~RM93) sebulan untuk akses kepada lebih banyak ciri, termasuk model GPT terkini daripada OpenAI.

Copilot Pro dibangunkan untuk pengguna profesional atau power user seperti penyelidik, pengaturcara dan pencipta kandungan yang mungkin bergantung pada program AI untuk projek kerja mereka.

Tawaran langganan yang dilancarkan hari ini adalah serupa dengan OpenAI’s ChatGPT Plus, yang juga berharga $20 sebulan untuk akses kepada ciri yang lebih canggih.

Tidak seperti versi Copilot percuma, Microsoft menyatakan versi Microsoft Pro direka untuk berfungsi sebagai “pengalaman AI tunggal yang berjalan pada peranti anda, memahami konteks anda di web, pada PC anda, merentas aplikasi dan tidak lama lagi pada telefon anda.”

Berkaitan

  • Redmi Watch 4 Turut Dilancar, Skrin AMOLED Dengan Tanda Harga RM459
  • WhatsApp Channel Bakal Hadir Dengan Ciri Baharu
  • Apple App Store Dilapor Akan 'Berpecah Dua'

Selain itu, pengguna yang mempunyai akses kepada Copilot Pro juga boleh menjalankan pembantu AI dalam program Office Microsoft termasuklah Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan Microsoft 365. Malah mereka turut mempunyai “akses keutamaan” kepada model AI terkini OpenAI GPT-4 Turbo walaupun pada penggunaan waktu puncak.

Pengguna Pro juga akan dapat bertukar-tukar antara model GPT yang berbeza dalam kemas kini kemudian.

Sementara pengguna Copilot versi percuma pula diturunkan kepada model GPT-3.5 yang lebih lama.

Dalam pengumuman yang sama juga, Microsoft memaklumkan Copilot berfokuskan korporat untuk Microsoft 365 kini tersedia untuk perniagaan kecil dan sederhana, termasuk usahawan solo.

Pelanggan tersebut boleh memanfaatkan pengalaman Copilot terbaik untuk organisasi kerana ia boleh memanfaatkan semua jenis data korporat termasuk e-mel, mesyuarat, dokumen dan sembang. Tapi pada kos yang sedikit tinggi.

Copilot Pro boleh dilanggan pada harga US$20 (~RM93) atau US$30 (~RM140) sebulan untuk Copilot for Microsoft 365.

Microsoft Lancar Copilot Pro, Pembantu AI Lebih Berkuasa Dengan Langganan ~RM 93/bulan

Untuk info lebih lanjut tentang perkhidmatan baharu Microsoft ini, layari laman rasmi https://www.microsoft.com/en-us/store/b/copilotpro?rtc=1.

Sumber: Microsoft

Beli produk Microsoft di:

Shopee – https://invl.io/clkl5xz

Lazada – https://invol.co/clkl5y0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY