Redmi Watch 4 Turut Dilancar, Skrin AMOLED Dengan Tanda Harga RM459

Selain daripada kemasukan siri telefon pintar Redmi Note 13 di pasaran Malaysia, Xiaomi Malaysia juga melancarkan Redmi Watch 4, Redmi Buds 5 dan Redmi Buds 5 Pro.

Redmi Watch 4




Jam tangan ini dilengkapi dengan paparan skrin AMOLED 1.97 inci pada kadar segar semula 60Hz dan disokong oleh HyperOS.

Selain reka bentuk luarannnya yang dibina daripada aloi aluminium, peranti ini juga mempunyai sokongan daripada rangkaian Bluetooth 5.3, GPS dan NFC.



Redmi Watch 4 ini juga hadir dengan reka bentuk boleh tanggal untuk dipadankan dengan lima pilihan tali jam yang berbeza warna.

Ia juga dijangka mampu bertahan dengan jangka hayat 10 hari bagi mod AOD, 20 hari bagi mod 'Typical' dan 30 hari bagi mod 'Long-life'.

Harga yang ditetapkan untuk Redmi Watch 4 ini adalah RM459.

Redmi Buds 5




Model fon putik Redmi Buds 5 versi standard ini menawarkan kualiti pendengaran audio dengan sistem pengurangan hingar jalur lebar 46dB serta menyokong kadar julat hingar 2kHz.

Selain itu, gajet ini juga dilengkapi dengan dwi-mikrofon serta tiga ciri output bagi pendengaran muzik yang terdiri daripada mod Transparency, Vocal Enhancement dan Environmental Enhancement yang boleh diubah melalui sentuhan pada tangkai fon putik.

Jangka hayat bateri bagi peranti ini dijangka dapat bertahan selama 10 jam dan mampu bertahan selama 2 jam dengan pengecasan selama 5 minit.

Redmi Buds 5 ini juga boleh digandingkan ciri-cirinya dengan aplikasi Xiaomi Headphones yang juga boleh digunakan oleh peranti iOS.

Anda boleh dapatkan model fon putik ini pada harga serendah RM199.

Redmi Buds 5 Pro




Dalam pada itu, Redmi Buds 5 versi Pro ini pula dilengkapi dengan sistem pengurangan hingar 52dB dan menyokong kadar julat hingar sehingga 4kHz.

Selain itu, model ini juga dikatakan mampu menyesuaikan kualiti output audio secara automatik mengikut suasana di sekeliling pemakainya.

Tambahan pula, Redmi Buds 5 Pro ini juga disokong teknologi kecerdasan buatan dari China iaitu 3 Mai AI yang khas untuk kegunaan perhubungan dimana ia mampu menapis bunyi angin pada kelajuan 9 m/s secara automatik ketika pemakainya sedang berbual dalam panggilan.

Untuk jangka hayat bateri, peranti ini juga dikatakan mampu bertahan untuk penggunaan selama 10 jam bagi sekali penggunaan dan boleh digunakan selama 2 jam selepas 5 minit pengecasan.

Harga yang ditawarkan bagi model Redmi Buds 5 Pro ini pula adalah RM299.

Anda boleh buat pembelian peranti ini di:

Shopee - https://invl.io/clkl1is

Lazada - https://invol.co/clkl1iz

{suggest}

Sumber: Siaran Media Xiaomi Malaysia