Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
data peribadi terdedah

Microsoft Akhirnya Mengaku, Windows 11 Menjejaki Anda

Diterbitkan Julai 24, 2026 · Dikemas kini Julai 24, 2026 oleh ariff bukhari

Selama ini ramai menyangka VPN, mod Incognito atau menukar alamat IP sudah cukup untuk melindungi privasi.

Hakikatnya, jika anda menggunakan Windows dengan akaun Microsoft, komputer anda mungkin mempunyai satu “cap jari digital” yang sentiasa mengenal pasti peranti anda.

Namanya Global Device Identifier (GDID).

GDID ialah pengecam unik yang dijana secara automatik apabila anda memasang Windows atau log masuk ke akaun Microsoft.

Ia tersedia apabila anda mula-mula memasang sistem operasi Windows atau mendaftarkan peranti Windows baharu di mana Microsoft akan memasukkan GDID tersebut ke dalam peranti anda.

Jadi, apa-apa sahaja yang berlaku pada sistem tersebut kemudiannya akan boleh dikesan kembali kepada anda, sebagai individu tersebut.

Bermakna, apa sahaja aktiviti yang berlaku pada komputer itu kemudian akan boleh dikesan dan dikaitkan dengan anda sebagai pemiliknya.

Lebih mengejutkan, ia terus digunakan oleh pelbagai perkhidmatan Windows dan dihantar semula kepada Microsoft setiap kali komputer berinteraksi dengan pelayan mereka.

Menukar IP, menggunakan VPN atau mengemas kini Windows tidak akan menghilangkannya.

Screenshot 2026-07-24 155843
Tiada pilihan tetapan untuk pengguna Windows mematikannnya.

Kes ini bukan sekadar teori. Dalam satu siasatan FBI, GDID dilaporkan membantu mengaitkan aktiviti seorang penggodam ransomware merentasi pelbagai negara sehingga identitinya berjaya disahkan.

Lebih membimbangkan, pengkritik privasi mendakwa pengguna tidak pernah diberi pilihan jelas untuk mematikan atau menetapkan semula GDID seperti pengecam pada platform lain.

Microsoft sendiri hanya mengakui kewujudan GDID secara terbuka selepas ia disebut dalam dokumen mahkamah yang didedahkan.

Persoalannya, jika komputer anda mempunyai pengecam kekal yang sentiasa dikenali oleh pembangunnya, siapakah sebenarnya yang mengawal data anda?

Isu ini sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penyokong privasi tentang Microsoft yang tidak menyediakan pilihan untuk tidak mengikuti tahap penjejakan ini.

Berkaitan

  • Microsoft Surface Dipacu Snapdragon® X2 Tiba Di Malaysia, Harga Dari RM6,999
  • Microsoft Perkenal Cara Baru Pasang Semula Windows 11 Dengan Lebih Mudah Tanpa USB
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY