Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Perkenal Cara Baru Pasang Semula Windows 11 Dengan Lebih Mudah Tanpa USB

Microsoft Perkenal Cara Baru Pasang Semula Windows 11 Dengan Lebih Mudah Tanpa USB

Diterbitkan Julai 10, 2026 ยท Dikemas kini Julai 10, 2026 oleh ariff bukhari

Microsoft memperkenalkan ciri baharu bernama Cloud Rebuild, ciri baharu pemasangan semula OS sepenuhnya yang memulihkan PC Windows 11 ke keadaan bersih dan baik, walaupun apabila Windows tidak boleh dihidupkan.

Diperkenalkan dalam Windows 11 Insider Preview, Cloud Rebuild direka untuk memudahkan proses pemulihan sistem.

Berbeza dengan fungsi Reset this PC, Cloud Rebuild membolehkan pengguna melakukan pemasangan semula penuh sistem operasi terus dari awan, tanpa memerlukan pemacu USB atau media pemasangan fizikal.

Melalui Windows Recovery Environment (WinRE), pengguna boleh memilih Troubleshoot > Recovery > Cloud Rebuild untuk memulakan proses.

Microsoft Perkenal Cara Baru Pasang Semula Windows 11 Dengan Lebih Mudah Tanpa USB
Windows Recovery Environment berlaku secara automatik selepas kegagalan boot berulang, atau pengguna boleh melancarkannya secara manual dari Windows dengan pergi ke Settings > System > Recovery dan pilih Restart now di bahagian Advanced startup.
Microsoft Perkenal Cara Baru Pasang Semula Windows 11 Dengan Lebih Mudah Tanpa USB
Microsoft Perkenal Cara Baru Pasang Semula Windows 11 Dengan Lebih Mudah Tanpa USB
Microsoft Perkenal Cara Baru Pasang Semula Windows 11 Dengan Lebih Mudah Tanpa USB
Microsoft Perkenal Cara Baru Pasang Semula Windows 11 Dengan Lebih Mudah Tanpa USB

Sistem akan memuat turun imej Windows serta pemacu peranti terkini daripada Windows Update, memastikan komputer kembali berfungsi dengan stabil.

Walau bagaimanapun, sambungan internet yang stabil diperlukan supaya proses pemasangan berjalan lancar, dan pengguna juga perlu mengesahkan amaran kehilangan data sebelum proses bermula.

Microsoft Perkenal Cara Baru Pasang Semula Windows 11 Dengan Lebih Mudah Tanpa USB

Ciri baharu ini memberi kelebihan yang sangat membantu kepada pengguna yang menghadapi masalah sistem tidak boleh boot atau tidak mempunyai perisian Windows untuk pemasangan semula sistem operasi ke dalam PC.

Walaupun masih dalam fasa ujian bersama Windows Insiders, Cloud Rebuild yang dijangka akan ditawar kepada semua pengguna Windows 11 tidak lama lagi dilihat sebagai langkah penting menjadikan Windows lebih mesra pengguna dan setanding dengan sistem lain yang telah lama menawarkan pemulihan berasaskan internet.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Peminat Kucing Patut Pasang Aplikasi Ini Bagi Pantau Prestasi PC Windows Dan Mac Anda
  • Matikan Segera Tetapan Instagram Ini, Meta AI Benarkan Sesiapa Saja Guna Wajah Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY