Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft_Les Echos

Microsoft Dilaporkan Sedang Cari Pembina Cip, Mungkin Mahu Cabar Cip M Apple

Diterbitkan Mei 2, 2023 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada laporan Windows Latest, Microsoft sedang membuka tawaran kerja khusus untuk pembina cip pemprosesan.

Dinamakan sebagai pasukan ‘Microsoft Silicon‘, Microsoft mungkin mahu membina cip pemprosesan mereka sendiri untuk menjalankan sistem operasi Windows terbaru mereka nanti iaitu Windows 12.

Ini sekaligus mencadangkan bahawa Microsoft mungkin sudah bersedia untuk bersaing dengan cip M yang dibangunkan Apple yang menguasakan sistem operasi macOS dalam komputer Macintosh.

Bukanlah satu rahsia bahawa Microsoft akan menjadikan Windows 12 dioptimasikan dengan arkitektur cip ARM yang dikatakan akan menjadi cip berprestasi tinggi dan tersedia menyokong kecerdasan buatan (AI).

Ura-ura ini begitu menarik kerana Microsoft mungkin akan berupaya menghasilkan sebuah sistem operasi yang cukup berkuasa dengan memanfaatkan arkitektur cip pemprosesan yang direka khusus untuk beroperasi bersama Windows 12.

Sekaligus menjadi pencabar Apple yang dilihat mendominasi penghasilan komputer yang hampir sepenuhnya dibina secara dalaman.

Berkaitan

  • 3 Ciri Yang Buatkan Samsung Galaxy A54 Calon 'Midrange' Terbaik Untuk Anda
  • Tempah ASUS Zenbook S 13 Sekarang Dan Dapatkan ASUS ZenScreen Secara Percuma
  • 'Laptop Gaming' Terbaru Acer Tiba Di Malaysia, Kuasa Grafik Dijana NVIDIA GeForce RTX 4060

Sumber: Windows Latest

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY