3 Ciri Yang Buatkan Samsung Galaxy A54 Calon 'Midrange' Terbaik Untuk Anda

Pada Mac lepas, Samsung secara rasminya telah melancarkan model telefon pintar terbaru yang paling berkuasa bagi siri A iaitu Galaxy A54.

Samsung Galaxy A54 hadir dengan rekaan moden dan selesa dipegang serta dengan 4 pilihan warna menarik iaitu Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome White.

Tetapi apa yang menjadikan Galaxy A54 lebih istimewa sekaligus menjadikan ia sebagai telefon pintar 'midrange' terbaik untuk anda.

{snap}

Kamera berkuasa




Walaupun dikategorikan sebagai model midrange, Samsung Galaxy A54 dilengkapi dengan 3 kamera berkuasa iaitu 50MP kamera utama, 12MP kamera ultra lebar dan 5MP kamera makro.

Dengan sensor imej termaju serta ciri kecerdasan buatan, mengambil gambar semasa kurang pencahayaan mahupun bmbang akan imej kabur, ia membantu memperbetulkan isu tersebut dengan mudah untuk anda.

Malah untuk kamera swafoto pula ia dimuatkan kamera 32MP yang beresolusi tinggi, sekaligus menghasilkan imej swafoto terbaik yang kaya dengan warna.

{snap}

Skrin 120Hz




Galaxy A54 adalah antara telefon pintar midrange yang menawarkan skrin besar. Malah Samsung menerusi skrin AMOLED nya menyokong kadar segar sehingga 120Hz, memberikan pemandangan lancar ketika melihat paparan.

Menggunakan rekaan lengkung, skrin Infinity-O pada Galaxy A54 memberikan kualiti paparan jelas yang mengagumkan walaupun di bawah cahaya yang terang.

{snap}

Kemas kini sehingga 5 tahun




Samsung sebelum ini telah menjanjikan bahawa model-model telefon pintar terbaru mereka akan menyokong kemas kini sehingga 5 tahun.

Galaxy A54 adalah antara model terkini yang akan menerima kemas kini ciri dan keselamatan terbaru.

Bermakna hayat Galaxy A54 adalah lama dan akan kekal releven sehingga 5 tahun lamanya.

Apa yang dapat disimpulkan, Samsung Galaxy A54 adalah antara model terkini yang patut berada di dalam senarai anda yang mahukan model telefon pintar midrange terbaru harga di bawah RM2,000.

Hanya berharga RM1,899, Galaxy A54 adalah sebuah peranti berprestasi sederhana mampu milik tetapi masih dimuatkan dengan spesifikasi dan ciri premium yang pastinya akan menarik perhatian anda.

Beli Samsung Galaxy A54 di Shopee